Categories: Resipi

Resepi Tepung Goreng Cempedak Rangup & Bersarang, Tak Pakai Telur & Air Kapur!

Sedang mencari resepi tepung goreng cempedak yang menghasilkan cempedak goreng rangup, bersarang dan tak lembik?

Inilah resipi yang patut dicuba! Tak perlu guna telur, tak perlu air kapur, tapi hasilnya tetap garing krup krap dan kekal sedap walaupun dah sejuk.

Resipi ini sangat mudah dan guna bahan asas yang memang ada di dapur. Boleh diguna untuk cempedak, pisang atau keledek sekali pun.

Dalam artikel ini, kami akan dikongsikan resepi tepung goreng cempedak lengkap dengan tips bancuhan dan cara goreng supaya hasilnya tidak menyerap minyak dan tak mudah lembik.

Baca juga: Cara Buat Donut Pintal Lembut, Hasil Cantik & Naik Gebu Elok Lepas Goreng!

RESEPI TEPUNG GORENG CEMPEDAK RANGUP KRIUK KRIUK

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum (disyorkan jenama Bakers Choice)
  • 3 sudu makan tepung jagung (guna sudu membukit)
  • 1 ½ cawan air paip
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak panas

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, air, pewarna kuning dan garam dalam mangkuk.
  2. Kacau hingga sebati dan licin menggunakan wire whisk untuk elak ketulan.
  3. Panaskan minyak, kemudian masukkan 4 sudu minyak panas ke dalam adunan. Kacau segera menggunakan whisk. Jangan guna tangan sebab minyak masih panas

Tip penting supaya adunan tepung bancuhan menjadi:

  • Guna wire whisk supaya adunan halus dan tak berketul.
  • Tekstur adunan sepatutnya cair. Bila celup jari dan angkat, adunan jatuh laju.
  • Jika adunan lambat jatuh, itu tandanya terlalu pekat. Hasil gorengan nanti jadi macam cekodok cempedak.
  • Lepas masukkan minyak panas, terus kacau. Jangan tunggu lama.

CARA MENGGORENG CEMPEDAK SUPAYA RANGUP DAN BERSARANG

Cara-caranya:

  1. Gunakan kuali jenis melengkung supaya cempedak tenggelam sepenuhnya dalam minyak dan boleh terapung semasa digoreng. Kuali leper tidak sesuai kecuali jika guna minyak yang sangat banyak.
  2. Pastikan minyak cukup panas. Hampir berasap, tetapi jangan sampai berasap penuh. Jika terlalu panas, cempedak boleh cepat hangus.
  3. Uji minyak dengan titiskan sedikit bancuhan tepung. Jika berdesir dan terus timbul, minyak sudah cukup panas dan adunan cukup ringan. Jika tenggelam dan lambat timbul, mungkin minyak belum cukup panas atau bancuhan terlalu pekat.
  4. Elakkan masukkan terlalu banyak cempedak sekali gus. Ini boleh menurunkan suhu minyak dan menyebabkan gorengan tidak garing.
  5. Bila cempedak sudah terapung, leraikan dan balikkan perlahan. Jangan terlalu awal dibalikkan. Tepung mungkin belum melekat dan boleh tertanggal.
  6. Apabila sudah kekuningan dan rangup, angkat dan toskan minyak menggunakan penapis. Elakkan terus letak atas tisu kerana ini boleh menyebabkan cempedak menjadi lembik.

Sumber: Sakura Hanami

Baca juga: Resipi Cekodok Durian, Bau Harum Waktu Goreng Buat Tak Sabar Nak Ngap!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago