cara buat donut pintal

Kalau dah bosan dengan donut bulat, apa kata cuba pula cara buat donut pintal ini pula. Anak-anak pun mesti suka tengok bentuknya yang lain daripada biasa.

Resipinya tak susah pun, guna bahan asas sama macam buat donut biasa. Tapi bentuknya yang dipintal itu memang buatkan nampak lebih istimewa. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Bebola Donut Yang Gebu & Saiz Comel, Kudapan Paling Senang Nak Buat!

CARA BUAT DONUT PINTAL

cara buat donut pintal

Bahan-bahan A:

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

Bahan-bahan B:

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan A dan kacau sebati. Ketepikan dan biarkan sampai berbuih.
  2. Gaulkan semua bahan B hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Kemudian tuang sedikit demi sedikit bahan A ke dalamnya hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Uli sampai doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.
  5. Perap doh selama 1 jam.
  6. Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  7. Timbang doh lebih kurang 30 gram setiap satu dan bulatkan hingga licin. Kalau tak nak timbang, boleh agak-agak saiz sendiri.
  8. Biarkan doh bulat rehat selama 10 minit.
  9. Kemudian, gelek dan pintal doh seperti bentuk donut pintal.
  10. Bila dah siap bentuk pintal, perap sekali lagi selama lebih kurang 20 minit hingga doh naik dua kali ganda.
  11. Akhir sekali, boleh terus goreng hingga keemasan.

Sumber: Noor Suhaida

Baca juga: Resipi Donut Selembut Sutera, Tak Perap Doh Pun Tetap Naik Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN