cekodok durian

Sekarang tengah musim durian, apa kata cuba buat cekodok durian. Rasanya memang sedap, rangup di luar tapi lembut dan berlemak manis di dalam.

Cekodok durian ini lebih kurang macam jemput-jemput biasa, tapi ada inti durian di tengah. Bau harum durian bila digoreng memang boleh buat satu rumah wangi!

Cara nak buat pun senang sangat, tak perlukan bahan pelik-pelik. Sesuai dijadikan hidangan minum petang atau sarapan pagi, makan panas-panas confirm tak cukup satu. Jom cuba!

Baca juga: Cekodok Pisang Kembong Tanpa Serbuk Penaik, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang

RESEPI CEKODOK DURIAN

cekodok durian

Bahan doh:

Inti durian:

  • Lebih kurang 3 ulas durian (ambil isinya)
  • 1 sudu gula (ikut manis durian)

Cara-cara:

  1. Mula-mula, sediakan inti durian. Hancurkan isi durian dan gaulkan dengan gula. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, gula dan sedikit garam. Gaul rata.
  3. Pecahkan telur, masukkan ke dalam tepung. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau hingga adunan sebati dan tidak terlalu cair.
  4. Apabila adunan tepung siap, masukkan isi durian ke dalam adunan. Gaul perlahan dan pastikan inti durian diselaputi tepung.
  5. Cedok sedikit adunan menggunakan sudu, pastikan ada isi durian di tengah-tengah adunan.
  6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng jemput durian hingga keemasan dan masak sepenuhnya.
  7. Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas. Jemput durian sedap dimakan waktu minum petang!

Sumber: Hajar Razali

Baca juga: Resipi Cekodok Jagung Lemak Manis & Wangi, Tak Guna Air Panas Pun ‘Kembung’ Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN