
Kalau anda suka kek yang senang, cepat dan confirm menjadi, resipi Kek Minyak sukatan cawan ini memang pilihan paling selamat untuk dicuba di rumah.
Dengan bahan asas dapur dan langkah yang ringkas, anda boleh hasilkan kek yang gebu, moist dan wangi macam kek klasik zaman dulu.
Resipi Kek Minyak sukatan cawan juga sangat mesra pemula, tak perlu teknik rumit, tak perlu mixer lama, tapi hasilnya tetap cantik naik berbentuk dan lembut sampai ke malam.
Baca juga: Kek Pisang Simple Versi Sihat, Tetap Moist Walau Tanpa Gula, Butter & Tepung Gandum
RESIPI KEK MINYAK SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan:
- ½ cawan gula halus
- 5 biji telur
- 1 sudu ovalette
- 1 cawan minyak masak
- ¾ cawan susu pekat
- 2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Pewarna atau perisa pilihan (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan telur, gula dan ovalette. Pukul sampai adunan naik kembang, cerah dan berbuih halus. Ini kunci kek naik cantik.
2. Tambah minyak, esen vanilla dan susu pekat. Kacau sebati sahaja.
3. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak. Guna kaedah kaup balik supaya kek lembut dan tidak bantat.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Letak pewarna kegemaran jika mahu corak marble atau belang.
5. Sapu sedikit minyak dan alas dengan baking paper.
6. Tuang adunan warna secara bergilir. Ketuk loyang perlahan untuk keluarkan angin.
7. Bakar pada 150–170°C selama 45–55 minit, bergantung oven. Siap apabila bahagian tengah tidak melekat bila dicucuk.
Tip Supaya Kek Minyak Lagi Menjadi
- Guna telur suhu bilik untuk hasil lebih gebu.
- Jangan overmix selepas masukkan tepung.
- Bakar suhu rendah untuk tekstur halus dan moist.
- Boleh tambah sedikit esen butter untuk aroma klasik.
Hasilnya ialah kek yang ringan, lembut, moist dan wangi sepanjang hari, sesuai untuk sarapan, minum petang atau dijadikan kek asas untuk hiasan.
Selamat mencuba!
Sumber: Puan Alza
Baca juga: Tak Perlu Perap! Ini Cara Buat Kek Sarang Semut Bersarang Cantik & Gebu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














