resepi telur dadar thai

Setiap kali ke kedai masakan Thai, wajib order telur dadar mereka yang rangup dan garing! Rupanya tak susah pun kalau cuba resepi telur dadar Thai di rumah.

Namun begitu, ada tekniknya yang perlu anda ikuti. Kalau salah cara, hasilnya memang tidak akan sama seperti di kedai.

Kalau nak tahu bagaimana caranya yang betul, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Murni Rahmat di bawah. Confirm menjadi!

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

RESEPI TELUR DADAR THAI RANGUP

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu makan tepung gandum, tepung jagung atau tepung beras
  • 4 sudu makan air sejuk @ 2 ketul ais
  • Garam secukup rasa @ perasa

Cara penyediaan:

1. Pecahkan telur, masukkan semua bahan dan kacau hingga semuanya sebati. Pastikan garam larut sepenuhnya.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas.

3. Tuang telur dari jarak yang tinggi ke dalam kuali. (tarik tinggi-tinggi tapi awas percikan minyak).

4. Kena goreng telur dengan lama. Bila sudah nampak garing, baru angkat. Jika tidak nanti telur akan kempis dan serap minyak.

5. Ada juga resepi yang tidak guna tepung, tapi empunya resipi paling suka resepi ini sabab telur kurang berminyak dan garing.

6. Satu bancuhan telur ini untuk 3-4 kali goreng. Tidak boleh goreng sekaligus nanti tidak jadi gebu.

Kredit resipi dan gambar: Murni Rahmat

Baca juga: Resipi Sup Daging Thai ‘Padu’, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN