popia goreng

Selain popia sayur, popia goreng daging boleh tahan sedap juga. Teksturnya yang rangup dan inti daging yang penuh memang buat kita tak cukup makan satu.

Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya juga cukup mudah. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama seisi keluarga. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

RESEPI POPIA GORENG INTI DAGING

popia goreng

Bahan-bahan

  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • Daging kisar
  • 1 biji bawang holland (dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji lobak merah (dihiris panjang atau diparut)
  • Lada hitam (secukup rasa)
  • 2 sudu cili kisar
  • 3 keping cheese
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)
  • Serbuk perasa (secukup rasa)
  • Kulit popia

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, kemudian tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging berubah warna dan agak garing.
  3. Tambahkan lobak merah dan masak hingga agak lembut.
  4. Masukkan cili kisar dan kacau rata, biarkan ia masak selama beberapa minit.
  5. Tambahkan lada hitam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Setelah bahan inti masak, masukkan kepingan cheese dan biarkan ia cair bersama bahan lain.
  7. Kacau rata dan masak hingga garing.
  8. Sediakan kulit popia, letakkan inti di tengah kulit popia, kemudian gulung dan rapatkan tepi kulit popia.
  9. Popia daging sedia untuk digoreng.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Gee Norizah

Baca juga: Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN