resepi tauhu goreng crispy

Resepi tauhu goreng crispy ini memang wajib dicuba buat penggemar kudapan rangup. Hanya dengan beberapa bahan mudah, tauhu biasa boleh diubah menjadi snek yang lebih menarik dengan salutan tepung yang garing, sedap dikunyah dan lembut di bahagian dalam.

Sejak kebelakangan ini, tauhu crispy semakin mencuri perhatian ramai hingga menjadi antara kudapan viral yang banyak dijual. Ramai tertarik dengan teksturnya yang rangup, rasa yang sedap serta harganya yang mesra poket. Tapi sebenarnya, tak perlu beratur atau beli di luar kerana tauhu crispy ini cukup mudah untuk dibuat sendiri di rumah.

Paling menarik, resepi tauhu goreng crispy ini hanya menggunakan bahan yang ringkas dan mudah didapati. Sesuai dijadikan kudapan petang, hidangan ringan ketika berkumpul bersama keluarga atau menu bajet yang tetap puas dinikmati ketika masih panas.

Baca juga: Resipi Tempe Goreng Berempah Dengan Bawang Rangup, Cicah Sambal Kicap Lagi Lengkap!

RESEPI TAUHU GORENG CRISPY

resepi tauhu goreng crispy

Bahan-bahan:

  • 1 pek tauhu keras
  • 1 cawan tepung goreng serbaguna
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong tauhu keras kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang disukai.
  2. Dalam satu bekas, campurkan tepung goreng serbaguna, tepung beras dan sedikit garam. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga menjadi bancuhan tepung yang tidak terlalu cair.
  4. Celupkan tauhu ke dalam bancuhan tepung sehingga bersalut rata.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng tauhu sehingga berwarna keemasan dan garing.
  6. Angkat tauhu goreng crispy dan toskan minyak berlebihan.
  7. Hidangkan ketika masih panas bersama sos cili, sambal kicap atau pencicah pilihan.

Tip: Untuk hasil lebih rangup, pastikan minyak sudah betul-betul panas sebelum memasukkan tauhu. Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu minyak kekal stabil dan salutan tepung lebih crispy.

Sumber: Eleena Salleh

Baca juga: Resipi Bayam Goreng Brazil Crunchy, Sayur Biasa Jadi Snek Rangup Yang Sedap Dikunyah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN