resepi tempe goreng berempah

Resepi tempe goreng berempah antara snek mudah yang pasti digemari ramai kerana rangup di luar dan penuh dengan aroma rempah wangi. Cara membuatnya juga mudah saja.

Selain dijadikan snek, tempe goreng berempah bawang crispy ini juga sesuai dijadikan lauk tambahan untuk hidangan nasi. Cicah pula dengan sambal kicap, lagi padu!

Baca juga: Cara Buat Tempe Popcorn Yang Rangup Kruk Krak, Sedap Diratah Macam Makan Kerepek

RESEPI TEMPE GORENG BEREMPAH DENGAN BAWANG RANGUP

resepi tempe goreng berempah

Bahan-bahan:

  • Tempe
  • Bawang holland
  • Rempah biji (ketumbar + jintan manis)
  • Tepung gandum
  • Tepung ayam goreng segera (1 sudu)
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit

Cara-cara memasak:

  1. Potong tempe dan bawang holland mengikut saiz yang diingini supaya mudah digoreng dan rangup. Pastikan saiznya sekata agar masakan lebih cantik dan kemas.
  2. Gaul potongan tempe dan bawang bersama rempah biji (ketumbar dan jintan manis), tepung gandum, tepung ayam goreng segera, garam dan sedikit gula. Biarkan perap selama 15 minit supaya perisa meresap ke dalam tempe, menjadikan setiap gigitan lebih sedap dan wangi.
  3. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing di luar dan berwarna keemasan.
  4. Hidangkan segera bersama sambal kicap kegemaran sebagai pencicah. Sesuai dijadikan snek petang atau lauk tambahan untuk nasi.

Sumber: Nurul Farah Hani

Baca juga: Cara Simpan Tempe Supaya Tak Berbau, Segarnya Tahan Sampai 2 Minggu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN