Categories: Resipi

Cara Buat Tapai Pulut, Ikut Pantang Larang Ini Supaya Manis & Menjadi Elok!

Resepi tapai pulut perkongsian oleh Kuali Berasap ini dijamin akan menghasilkan tapai pulut yang sedap dan manis elok.

Tapai pulut merupakan salah satu makanan tradisi, seeloknya anak muda sekarang kena tahu cara membuatnya untuk mengekalkan makanan tradisional kita.

Kalau beli di kedai, belum tentu rasanya sedap dan manis elok. Jadi, mari kita cuba buat sendiri saja di rumah!

Baca juga: Khasiat Air Nasi Atau Rebusan Beras Yang Ramai Tak Tahu, Rupanya Boleh Jadi ‘Ubat’

RESEPI TAPAI PULUT

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut (anggaran 7 cawan)
  • Air bersih 7 cawan
  • 1 keping ragi tapai (besar sekeping 20sen)
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Cara-cara:

1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan putih. Kemudian toskan.

2. Sukat beras mengikut cawan. Jika 7 cawan beras, makan 7 cawan air sahaja. Air jangan lebih supaya beras masak dengan cantik.

3. Masak beras pulut di dalam periuk nasi. Jangan buka tutup periuk sehingga keep warm.

4. Bila dah keep warm, pindahkan beras pulut yang sudah masak ke dalam bekas besar untuk disejukkan. Jangan tutup, biarkan terbuka atau tutup dengan tudung saji sahaja.

5. Pastikan beras pulut betul-betul sejuk. Apabila sudah sejuk, kisar kering ragi tapai tadi sehingga halus. Kemudian, gunakan penapis teh untuk digoyangkan ke atas beras pulut.

6. Siap bergoyang, ratakan ragi dengan beras pulut serata-ratanya menggunakan senduk plastik. Jangan sesekali menggunakan tangan, ini merupakan pantang dia. Sebab tangan kadang-kadang ada bakteria lain.

7. Apabila sudah siap gaul rata, sudukan tapai ke dalam daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz yang anda nak. Bungkus dengan kemas, selitkan lidi satay untuk bungkuskan tapai.

8. Bila dah siap bungkus, tutup rapat dan biarkan selama sehari semalam atau lebih. Simpan pada suhu biasa di dalam almari seeloknya. Jangan simpan di dalam peti dan jangan terkena suhu panas.

9. Selepas sehari semalam atau lebih, boleh jenguk untuk lihat jika tapai sudah menjadi. Jika  sudah, boleh simpan di dalam peti ais.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Kuali berasap

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama, Berminggu Pun Tak Rosak & Masam

Wan N

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

7 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

9 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

10 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

10 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

11 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

11 hours ago