Categories: Resipi

Resepi Sup Udang, Kuahnya Penuh Aroma & Rasa Manis Semula Jadi Dalam Setiap Hirupan

Kalau mencari resepi sup udang yang mudah dan menyelerakan, boleh cuba resipi ini. Kuahnya terasa segar dengan aroma yang wangi, ditambah pula dengan udang yang manis dan lembut. Rasanya pula tidak terlalu berat, jadi memang sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Sup ini juga sesuai dijadikan menu untuk makan tengah hari atau makan malam. Hidang bersama nasi putih, memang cukup untuk melengkapkan satu hidangan keluarga. Lagi sedap kalau dimakan ketika masih panas, terutama apabila kuahnya meresap bersama lauk dan sayur dalam setiap suapan.

Cara membuatnya pun tidak rumit dan boleh disesuaikan dengan sayur yang ada di rumah. Setelah sup siap dimasak, taburkan bahan pelengkap di atasnya untuk menambahkan lagi aroma dan rasa sebelum dihidangkan.

Baca juga: Resipi Sup Ketam Yang Menyegarkan, Hirup Panas-Panas Terus Rasa Lega Bila Demam & Selsema!

RESEPI SUP UDANG KUAH SEGAR & SEDAP HIRUP

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Cili padi
  • Udang
  • Kiub ayam
  • Telur
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Sayur pilihan
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Air

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai serta cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, kemudian masukkan kentang dan lobak merah. Biarkan sehingga sayur empuk.
  3. Masukkan kiub ayam, garam dan serbuk perasa. Kacau dan sesuaikan rasa mengikut citarasa.
  4. Masukkan udang ke dalam sup dan biarkan seketika sehingga udang masak.
  5. Pecahkan sebiji telur terus ke dalam sup. Kacau perlahan supaya telur sebati dengan kuah.
  6. Setelah semuanya masak, tutup api.
  7. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan panas-panas.

Sumber: Aurora Ayeshaa

Baca juga: Resipi Sup Kosong Ala Kedai Makan, Boleh Juga Dijadikan Kuah Asas Untuk Aneka Menu Sup

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago