sup kosong

Sup kosong sering menjadi pelengkap wajib apabila kita makan di kedai tomyam. Biasanya bila pesan nasi goreng atau mi goreng, semangkuk kecil sup kosong akan dihidangkan bersama. Walaupun nampak ringkas, rasa kuahnya yang jernih, wangi dan cukup berperisa memang boleh buat kita hirup sampai licin.

Ramai sangka nak buat sup kosong sedap perlukan banyak bahan. Sebenarnya, dengan beberapa bahan asas seperti bawang putih, halia, daun ketumbar dan lada putih, kita sudah boleh hasilkan kuah sup yang cukup rasa.

Menariknya, sup kosong ini bukan sahaja sedap diminum begitu sahaja, malah boleh dijadikan kuah asas untuk pelbagai jenis hidangan. Daripada sup ayam, sup daging, sup tulang, sup bebola ikan sehinggalah sup seafood, semuanya boleh bermula dengan kuah yang sama.

Baca juga: Petua Sotong Tak Kecut Selepas Masak, Rupanya Kena Buat Satu Langkah Mudah Ini Dulu

RESEPI SUP KOSONG SEDAP

sup kosong

Bahan-bahan:

  • 1 liter air
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • Halia sebesar ibu jari (diketuk)
  • Batang daun ketumbar secukupnya
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar untuk taburan

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk dan didihkan menggunakan api sederhana.
  2. Selepas air mendidih, masukkan bawang putih yang telah diketuk, halia dan batang daun ketumbar.
  3. Masukkan serbuk lada putih dan kacau rata supaya aromanya sebati dalam kuah.
  4. Tambahkan kiub ayam untuk memberikan rasa lebih berlemak dan umami pada sup.
  5. Renehkan kuah menggunakan api sederhana selama 20 hingga 30 minit supaya semua rasa daripada bahan-bahan keluar dengan sempurna.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa mengikut cita rasa masing-masing.
  7. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Sumber: Salbiah Ahamad

Baca juga: Resipi Pancake Baby Kegemaran Anak-Anak, Bancuhan Ringkas Tapi Hasilnya Sangat Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN