resepi sup telur

Telur puyuh mempunyai banyak khasiat walaupun saiznya kecil. Selain itu, telur puyuh juga sedap dimasak dengan pelbagai cara masakan seperti resepi sup telur puyuh goreng.

Biasanya orang selalu buat sup telur puyuh rebus, namun resipi ini sedikit berbeza kerana akan menggunakan telur puyuh yang telah digoreng sebelum dimasukkan ke dalam sup.

Jika ada yang mahu mencubanya, boleh rujuk resipi yang dikongsilan oleh seorang pengguna laman sesawang Facebook bernama Mishkat Aisyah di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Sup Suhun Simple, Ini Tips Suhun Tak Serap Kuah Sampai Jadi Kering

RESEPI SUP TELUR PUYUH GORENG

Bahan-bahan:

Telur puyuh
– Bawang merah
– Halia
– Cili merah / cili api (ikut cita rasa pedas masing-masing)
Kiub pati ayam
– Suhun
– Air
– Minyak untuk goreng

Info: Boleh tambahkan fish cake, aneka sayuran yang disukai (brokoli, carrot, kobis, daun sup/bawang)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Goreng telur puyuh sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

resepi sup telur

2. Hiris bawang merah, cili dan halia. Kemudian tumis menggunakan minyak goreng telur tadi sehingga layu.

3. Masukkan air dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan telur dan suhun. Kacau sebati. Jika rasa kurang, masukkan garam dan cukup rasa. Siap!

resepi sup telur

Kredit resipi dan gambar: Facebook Mishkat Aisyah via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Resipi Sup Bayam Mudah, Anak Yang Tak Suka Sayur ‘Confirm’ Akan Makan Licin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN