resepi popia carbonara

Resepi popia carbonara ini sesuai dijadikan kudapan atau juadah ringan untuk sarapan pagi dan minum petang.

Ibu-ibu juga boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan bekukan di dalam peti sejuk. Kemudian boleh digoreng pada bila-bila masa sahaja.

Ada yang nak cuba? Mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah.

Baca juga: Cara Buat Popia Sira Sambal Rangup, Kena Letak 1 Bahan Ini Agar Salutan Cantik Berkilat!

RESEPI POPIA CARBONARA LEMAK BEKRIM

Bahan-bahan:

  • 2 sudu butter
  • Bawang holland dicincang
  • 2 sudu tepung gandum
  • Sedikit air
  • 1 tin carbonara
  • Susu full krim kotak kecil
  • Separuh kiub ayam
  • Sosej dipotong kecil
  • Lobak merah (jika suka)
  • Cendawan butang (jika
  • suka)
  • 1 keping cheese
  • Kulit popia

Cara-cara:

1. Panaskan dua sudu butter dan tumis bawang holland cincang. Masak sehingga layu.

resepi popia carbonara

2. Taburkan dua sudu tepung gandum dan kacau sebati.

resepi popia carbonara

3. Masukkan sedikit air untuk lembapkan masakan.

resepi popia carbonara

4. Masukkan satu tin carbonara. 1 tin ni sahaja dah rasa masin ya. Elakkan tambah garam untuk masakan ini.

resepi popia carbonara

5. Masukkan susu full krim. Anggaran satu kotak kecil.

6. Masukkan separuh kiub ayam. Ingat jangan tambah garam dah.

7. Tambah sosej yang dipotong kecil. Boleh juga campurkan lobak merah dan cendawan butang mengikut cita rasa masing-masing.

8. Satu kepingan cheese. Letak pun sedap, tak letak pun sedap.

9. Kacau masakan sehingga likat. Padamkan api dan biarkan ia sejuk.

10. Gulung popia macam biasa.

11. Inti tak perlu banyak. Sedang-sedang saja.

12. Siap digulung.

13. Goreng macam biasa, api sederhana. Jaga-jaga bila makan, boleh melecur lidah sebab inti carbonara terlalu panas.

resepi popia carbonara

Tips elak meletup ketika digoreng:

  • Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum digulung supaya pekat dan tak cair
  • Goreng dalam minyak yang betul-betul panas dan memasak dengan masa yang singkat

Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli

Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN