resepi sup sayur

Resepi sup sayur telur suhun ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin menyediakan hidangan yang ringkas tetapi tetap lazat.

Sup ini bukan sahaja mudah dimasak dalam masa 5 minit, tetapi juga boleh dinikmati begitu sahaja atau sebagai pelengkap hidangan utama.

Ia juga sesuai untuk makan malam yang ringkas atau boleh dinikmati pada bila-bila masa. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Kuah Jernih & Tak Keruh, Rasa Pun ‘Clean’ Je!

RESEPI SUP SAYUR TELUR DENGAN SUUN BERLAMBAK

resepi sup sayur

Bahan-bahan:

  • 1 pokok sawi putih
  • 1 biji telur
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 genggam suhun (direndam sehingga lembut)
  • 4-5 hiris cili padi (boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • 1-2 ulas bawang merah dan bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu besar minyak
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk kecil. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Setelah bawang kelihatan kekuningan, tambahkan air secukupnya ke dalam periuk. Biarkan air mendidih.
  3. Masukkan sawi putih yang telah dipotong, suhun yang telah direndam, kiub ayam, hirisan cili padi, dan telur ke dalam periuk. Kacau rata supaya semua bahan sebati.
  4. Biarkan sup mendidih sehingga sayur dan suhun empuk serta telur masak sempurna.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Sup ini boleh dinikmati begitu sahaja atau bersama nasi putih panas.

Kredit resipi dan gambar: Nur Syaidatul Fazreen

Baca juga: Cara Masak Sup Ikan Supaya Tak Hancur, Makan Dengan Sambal Kicap Lagi Mantap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN