
Selain puding dan aiskrim, kek juga menjadi pencuci mulut kegemaran ramai. Biasanya dibuat dengan menggunakan oven, tapi kali ini kami terjumpa resipi cheesecake air fryer yang mudah.
Tekstur cheesecake yang lembut, berkrim dan sedikit lemak-lemak manis buatkan ia jadi pilihan istimewa untuk dinikmati bersama keluarga. Tambahan pula, cara buatnya taklah susah mana.
Tak perlu risau tentang teknik kerana resipi cheesecake air fryer yang dikongsikan oleh Zuhaiza Zakaria sangat sesuai untuk yang baru kali pertama buat kek. Jom kita cuba!
Baca juga: Bingsu Cheesecake Candy Laici Meleleh Ini Buat Ramai Ketagih, Sekali Cuba Pasti ‘Repeat’!
RESIPI CHEESECAKE AIR FRYER

Bahan-bahan:
- 250gm cream cheese
- 2 biji telur
- 3 sudu gula (boleh tambah jika nak manis sikit)
- 3 sudu besar penuh tepung gandum
- 1 kotak kecil susu full cream
- Sedikit esen vanilla
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan semua bahan ke dalam blender.
2. Selepas itu, kisar sampai betul-betul sebati serta halus.
3. Kemudian, tuang ke dalam loyang 7 inci (sesuai untuk air fryer).
4. Seterusnya, bakar pada suhu 180°C selama 25 minit. Tak perlu ubah atau selaraskan.
5. Apabila sudah masak, sejukkan dulu baru potong supaya kemas. Siap untuk dinikmati!

Jika ada air fryer di rumah, rugilah tak cuba resipi cheesecake air fryer ini. Selepas ini, bolehlah hidangkan cheesecake buatan sendiri untuk keluarga tersayang di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Zuhaiza Zakaria
Baca juga: Mini Burnt Cheesecake Anti Gagal, Gebu & Cair Di Mulut, Confirm Jadi Walau Pertama Kali Buat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














