
Apabila tiba musim buah mangga, peminat mangga Harum Manis mesti tak sabar nak buat resepi Mango Cheesecake. Bukan saja penuh aroma, malah rasa manis semula jadi.
Resepi Mango Cheesecake merupakan antara kek paling mudah dibuat kerana anda tak perlu bakar atau kukus sekalipun. Oleh itu, ia sesuai dijadikan pencuci mulut di rumah.
Suhasnida Ismail telah kongsikan resepi Mango Cheesecake di Facebook dengan menggunakan mangga Harum Manis, salah satu varieti mangga paling terkenal di Malaysia.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Blueberry Cheesecake Versi Jimat, Kos Tak Sampai RM30 Pun!
RESEPI MANGO CHEESECAKE HARUM MANIS

Bahan A (kisar halus dan cairkan):
- 160gram biskut marie (kisar)
- 90gram butter (dicairkan)
Bahan B (kisar halus):
- 2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
- 1 sudu besar air jus lemon
Bahan C (mix):
- 500gram cream cheese
- 200gram whipping cream
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 110gram gula kastor (nak manis letak 130gm)
- 100gram puri mangga
- 2½ sudu besar air jus lemon
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar gelatin + 80ml air panas (kacau sebati)
Bahan D (topping atas):
- 20gm gula (pilihan)
- 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas
- 200gram puri mangga
Cara-cara membuat:
1. Sediakan loyang saiz 8″ yang boleh dibuka dari bawah.
2. Cairkan butter dan kisar halus biskut, campurkan kedua-dua bahan ini untuk dijadikan base. Padatkan dalam loyang, simpan sekejap dalam peti ais.
3. Masukkan cream cheese yang telah dibiarkan dalam suhu bilik, mix dengan hand mixer saja, kemudian masukkan gula, esen vanilla dan pukul sebati. Seterusnya, masukkan whipping cream, susu pekat, jus lemon dan puri mangga. Akhir sekali, masukkan bancuhan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
4. Tuang bancuhan ini ke dalam loyang tadi, sejukkan semalaman atau 4 jam.
5. Akhir sekali, sediakan topping atas kek pula, campurkan puri manga dan bancuhan gelatine. Kemudian tuangkan atas kek yang telah disejukkan tadi. Seterusnya, masukan semula ke dalam peti ais dan sejukkan. Jangan lupa tutup kek dengan plastic clean wrap.
6. Apabila nak keluarkan kek, ambik sehelai kain bersih dan celup dalam air panas. Kain ini kita nak tekap di sekeliling loyang kek supaya mudah dibuka dan licin apabila kek di keluarkan.

Tips tambahan dalam resepi Mango Cheesecake:
- Jika mangga itu seperti banyak serat kasar apabila potong, boleh tapis dengan fine strainer dulu sebelum masuk dalam adunan cheese. Selepas tapis, baru sukat atau timbang. Jika pakai mangga harum manis, tiada serat kasar.
- Bagi membuat hiasan mangga, boleh gaul buah mangga dengan sedikit jus lemon untuk mengelakkan hirisan mangga jadi gelap apabila simpan lama.
Selamat mencuba!
Sumber: Suhasnida Ismail
Baca juga: Cara Orang Bujang Buat Mango Cheesecake, Tak Perlu Bakar Atau Kukus!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














