Categories: Resipi

Lelaki Kongsi Resipi Spageti Meatball Untuk Anak, Senang & Cepat Disediakan!

Kalau anak-anak tiba-tiba teringin nak makan pasta, boleh cuba menu yang mudah dan cepat seperti Spaghetti Meatballs.

Hidangan ini bukan saja ringkas, tapi bahan-bahannya pun selalunya memang sudah ada di rumah.

Jika ada frozen meatball dan tomato puri dekat dapur, boleh terus masak tanpa perlu keluar beli barang. Jom tengok cara penyediaannya di bawah!

Baca juga: Resipi Spageti Aglio Olio Cheese, Cara Paling Mudah Tapi Sedap Sangat!

RESEPI SPAGHETTI MEATBALLS

Bahan-bahan:

  • 1 tin puri tomato (guna chopped tomato pun boleh)
  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)
  • ½ biji bawang holland (potong dadu)
  • 1 sudu oregano kering
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Sedikit daun parsli (jika ada)
  • 10-15 biji meatball (boleh guna frozen atau buat sendiri guna daging kisar)
  • Spageti direbus
  • Garam secukup rasa
  • Keju parmesan parut (optional, untuk hiasan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan meatball dan goreng sekejap hingga separuh masak.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang Holland. Tumis hingga bawang lembut dan wangi.
  3. Masukkan puri tomato. Kacau rata dan biarkan hingga kuah mula mendidih.
  4. Masukkan oregano, daun parsli dan garam secukup rasa. Kacau sebati, kemudian tutup api.
  5. Boleh gaul spageti terus dalam sos dan meatball atau letakkan spageti dalam pinggan, tuangkan sos bersama meatball di atasnya.
  6. Taburkan sedikit daun parsli dan keju parmesan kalau ada, untuk rasa dan rupa yang lebih menarik!

Sumber: Khairul Abdullah

Baca juga: Resipi Spageti Tomyam Udang Creamy, Gabungan Rasa Pedas & Masam Yang Mesti Cuba!

Wan N

Recent Posts

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

1 hour ago

Cara Rebus Kupang Tanpa Air & Garam, Letak 3 Bahan Ini Kalau Nak Lagi Harum.. Sedapnya Ratah!

Cara rebus kupang sebenarnya mudah dan tak memerlukan banyak bahan. Tak perlu tambah air atau…

2 hours ago

Resipi Kek Marble Kopi Yang Buat Harum Satu Rumah, Tak Sabar Nak Potong Bila Dah Siap Bakar!

Kek marble kopi antara pilihan menarik untuk hidangan minum petang. Gabungan adunan kek biasa dengan…

2 hours ago

Cara Masak Kari Sotong Tanpa Santan, Kuah Pekat Berempah Tetap Menjadi Dan Menyelerakan!

Resipi kari sotong tanpa santan ini sesuai untuk sesiapa yang ingin mencuba kelainan selain masak…

4 hours ago

Resipi Sambal Jawa Sedap & Padu, Menu Kegemaran Sepanjang Zaman Yang Tak Pernah Mengecewakan!

Resipi sambal jawa sedap ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

4 hours ago

Resipi Rendang Daging Tetel Pekat & Isi Lembut, Lagi Lama Direneh Lagi Sebati Rasanya!

Rendang daging tetel antara hidangan yang digemari ramai kerana teksturnya yang lembut, berlemak dan kaya…

4 hours ago