
Kalau anda peminat pasta yang ringkas tapi penuh rasa, spaghetti aglio olio cheese ini memang wajib cuba! Resipi ini diinspirasikan dari hidangan klasik Itali, Aglio e Olio, yang bermaksud bawang putih dan minyak.
Namun kali ini, kita olah dengan sentuhan tempatan iaitu tambahan makanan laut segar seperti sotong dan udang, serta ditabur dengan keju parmesan yang berlemak dan wangi.
Kalau anda suka makanan berasaskan seafood dan keju, kombinasi ini pasti menambat hati. Hanya dengan bahan-bahan asas, anda boleh hasilkan hidangan ala restoran dalam masa kurang dari 30 minit!
Baca juga: Jom Cuba Resipi Pesto Pasta Yang Pasti Memikat Selera, Rasa Unik Lain Dari Lain!
RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO CHEESE

Bahan-bahan:
- Spageti(direbus dan toskan)
- 1-2 sudu besar olive oil
- 1-2 sudu besar mentega (butter)
- Sotong (dibersihkan dan dipotong)
- Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
- 3–4 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1–2 tangkai cili merah (dihiris halus)
- Ceri tomato (dibelah dua)
- Cendawan (dihiris)
- Air sotong (diperoleh semasa panaskan sotong)
- Garam secukup rasa
- Serbuk cili (chilli flakes) secukupnya
- Dried parsley (untuk tabur)
- Keju parmesan (parut)
Cara memasak:
- Panaskan kuali kosong, masukkan sotong dan biarkan ia mengeluarkan air. Asingkan sotong dan simpan air sotong untuk digunakan kemudian.
- Dalam kuali yang sama, panaskan mentega dan goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Tambahkan olive oil, kemudian tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi. Boleh juga masukkan ceri tomato dan cendawan jika suka.
- Masukkan spageti yang telah direbus dan tuangkan air sotong tadi ke dalam kuali.
- Masukkan garam, serbuk cili (chilli flakes), serta sotong dan udang yang telah dimasak tadi.
- Gaul semua bahan dengan api perlahan sehingga sebati dan cukup masak.
- Tutup api, kemudian taburkan dried parsley dan keju Parmesan di atasnya sebelum dihidangkan.
Sumber: Nur Fazrina
Baca juga: Pasta Goreng Tom Yam, Setiap Suapan Pasti Nak Makan Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














