spaghetti tomyam

Siapa sangka, gabungan antara masakan barat dan cita rasa Thai boleh hasilkan spaghetti tomyam udang creamy yang lazat dan mengiurkan.

Ia bukan sekadar pedas dan masam seperti tomyam biasa, tetapi ada tambahan rasa berlemak dan berkrim yang buatkan hidangan ini lebih mewah dan mengenyangkan.

Tak susah pun nak buat! Bahan-bahannya ringkas, cara memasaknya pun mudah diikuti. Yang penting, anda boleh sesuaikan ikut selera sendiri.

Baca juga: Resipi Spageti Aglio Olio Cheese, Cara Paling Mudah Tapi Sedap Sangat!

RESEPI SPAGHETTI TOMYAM UDANG CREAMY

spaghetti tomyam

Bahan-bahan untuk tumis:

  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)

Bahan-bahan lain:

  • Udang (atau ayam/sotong, ikut citarasa)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar aglio olio rempah ratus (boleh beli siap, contoh gambar ada di bawah)
  • Susu cair (ikut selera, boleh tambah atau kurangkan)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Spaghetti (guna setengah bungkus, rebus dalam air mendidih dengan sedikit garam selama kira-kira 12 minit)
  • Tomato ceri (ikut suka)
  • Sayur pilihan (jika mahu, ikut citarasa)
  • 1/2 biji limau nipis (untuk airnya)
  • 2-3 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
  • 4-5 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali, lebihkan sedikit minyak untuk tumisan yang lebih beraroma.
  2. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga wangi dan bawang sedikit layu.
  3. Masukkan udang (atau ayam/sotong pilihan) dan goreng sebentar sehingga berubah warna. Kemudian, masukkan rempah aglio olio dan kacau sebati.
  4. Tambah Pes Tomyam dan Susu Cair:
  5. Masukkan pes tomyam dan susu cair, kacau rata. Tambahkan juga daun limau purut untuk aroma yang lebih segar.
  6. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi sehingga semua bahan sebati dan rasa masakan cukup sedap.
  7. Setelah itu, masukkan spaghetti yang telah direbus. Gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga semuanya tercampur dengan baik.
  8. Masukkan tomato ceri dan gaul sebentar. Sebelum menutup api, perah sedikit jus limau nipis ke dalam spaghetti dan kacau rata.
  9. Tutup api dan hidangkan creamy spaghetti tomyam udang ini. Siap untuk dinikmati!

Nota:

  • Spaghetti ini agak berlemak disebabkan susu cair, jadi ia mungkin sedikit muak bagi sesetengah orang. Jika tidak suka rasa lemak, anda boleh skip susu cair dan gantikan dengan air rebusan spaghetti.

Sumber: Syaza Anuya Manmad

Baca juga: Cara Masak Spaghetti Carbonara Versi Express, Campak-Campak Dah Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN