Categories: Halal Travel

My Resipi, Sirap Limau, VOCKET & Waktu Solat Malaysia Lancar Kempen ‘Halal Travel’

Musim cuti dah makin dekat, tapi masih risau nak travel sebab tak pasti tempat makan halal, waktu solat atau aktiviti yang sesuai? Jangan risau, sekarang anda dah ada rakan perjalanan yang boleh dipercayai!

Mulai Mei hingga Disember 2025, syarikat peneraju penerbit digital Malaysia, REV Media Group (REV) di bawah jenama Sirap Limau, My Resipi, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia bergabung dalam satu kempen istimewa dinamakan Halal Travel.

Ia direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin!

Baca Juga: Resepi Sarapan Oatmeal, Sup & Wrap Yang Jimat Ketika Travel, Semua Mesra Poket!

Baca Juga: 10 Negara Bajet Dengan Pilihan Makanan Halal Sedap & Murah, Jalan-Jalan Tanpa Risau!

Kempen ini bukan sekadar cadangan tempat lawatan. Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

4 Jenama, 4 Fokus Menarik

MyResipi: Fokus kepada makanan halal & eksplorasi kulinari. Anda boleh mencari restoran halal, masakan tempatan yang wajib cuba dan resipi mudah kalau nak masak sendiri masa travel.

VOCKET: Sesuai untuk yang suka backpacking atau travel solo. Ada tip bajet, hidden gems, street food halal dan info keselamatan penting untuk pengembara bebas.

SirapLimau: Dikhaskan untuk keluarga yang travel dengan anak-anak. Ada senarai tempat selamat, restoran family-friendly dan tip perjalanan untuk ibu bapa Muslim.

Waktu Solat Malaysia melengkapkan kesemua platform ini dengan keperluan spiritual seperti waktu solat yang tepat dan arah kiblat.

3 Fasa Mengikut Musim, Keperluan

Kempen Halal Travel dibahagikan kepada tiga fasa menarik mengikut musim dan keperluan pelancong:

Fasa 1 (Mei–Jun) menumpukan kepada pelancongan bajet dan lokasi-lokasi mampu milik yang sesuai untuk anda yang ingin berjimat tanpa perlu berbelanja besar.

Fasa 2 (Julai–September) pula mengetengahkan percutian berunsur healing dan spiritual, sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dan waktu untuk refleksi diri.

Akhir sekali, Fasa 3 (Oktober–Disember) memberi tumpuan kepada percutian sekolah dan keluarga, dengan cadangan destinasi yang mesra kanak-kanak dan tip untuk memudahkan ibu bapa bercuti bersama anak-anak.

Apa Yang Anda Akan Jumpa Dalam Halal Travel?

Kempen ini dibina atas 3 tiang utama:

Makanan (Food)

Nak makan apa? Kat mana? Semua jawapan ada. Daripada street food halal sehinggalah ke resipi DIY, semua dihimpunkan agar perut kenyang, hati pun senang.

Tip & Info (Travel Tips)

Tak tahu nak solat kat mana? Tak pasti budaya tempatan? Jangan risau, ada panduan solat, arah kiblat dan info berguna supaya anda tak teraba-raba bila sampai ke negara orang.

Aktiviti (Activities)

Jangan travel semata-mata shopping je. Cuba aktiviti halal-friendly seperti lawatan ke pasar seni, muzium Islamik atau aktiviti alam semula jadi yang menenangkan.

Semua kandungan menarik ini boleh diakses melalui laman web khas Halal Travel yang akan dilancarkan tak lama lagi. Jangan risau, semuanya dihimpunkan dalam satu tempat — mudah, cepat dan mesra pengguna.

Laman web khas Halal Travel ini turut menampilkan ciri menarik yang boleh digunakan ketika anda travel seperti Qibla Finder yang boleh membantu anda mencari arah kiblat di mana saja.

Selain itu, ia turut menampilkan ciri Waktu Solat Mengikut Lokasi oleh Waktu Solat Malaysia. Jadi anda tak perlu kira manual lagi!

Siapa Sesuai Sertai Kempen Ni?

✔️ Pengembara solo suka cabaran
✔️ Food hunter yang pentingkan status halal
✔️ Ibu bapa yang nak plan cuti anak-anak
✔️ Anda yang nak melancong dengan tenang tanpa ragu

Untuk maklumat lanjut mengenai Halal Travel, layari www.myresipi.com/halaltravelmy

Jangan lupa follow Sirap Limau, My Resipi, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk lebih banyak panduan, tip dan inspirasi travel halal sepanjang tahun!

Shaifullah

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

2 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

3 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

4 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

5 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

5 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

5 hours ago