Categories: Resipi

Cara Mudah Masak Spaghetti Goreng Daging, Sedap Sampai Tak Tinggal Sikit Pun!

Kalau selalu masak spaghetti dengan sos bolognese atau carbonara, kali ni cuba pula versi lain yang lebih lokal dan kena dengan selera kita. Spaghetti Goreng Daging ini memang sesuai untuk sesiapa yang nak cuba sesuatu yang ringkas tapi tetap sedap.

Resipi ini diinspirasikan daripada mee goreng biasa, cuma kita tukar mee kepada spaghetti. Hasilnya memang unik, rasa dia ada gabungan western dan cita rasa Malaysia yang meningkatkan selera makan.

Menu ini sangat sesuai dicuba apabila tak ada idea nak masak apa untuk makan malam. Lagi menarik, resipi ini hanya guna bahan yang mudah dan boleh ikut apa sahaja sayur yang ada di rumah.

Baca juga: Resipi Bebola Ayam Bolognese Bersama Keju, Hidang Panas-Panas Lagi Berselera Nak Makan!

RESEPI SPAGHETTI GORENG DAGING

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
    (Kisar halus)
  • 2 sudu besar cili boh (ikut tahap pedas)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 pek daging cincang
  • Capsicum (dipotong dadu)
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Cendawan butang (hiris)
  • Pakchoy atau sawi (optional)
  • Spaghetti secukupnya
  • Garam atau serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih lebih kurang 8 hingga 10 minit hingga lembut. Masukkan sedikit garam dan sedikit minyak supaya spaghetti tidak melekat.
  2. Toskan dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging cincang hingga hampir garing. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  4. Dalam kuali yang sama, tumis bahan kisar bersama cili boh sehingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau dan tumis seketika sehingga sos sebati dan sedikit pekat.
  6. Tambahkan garam atau serbuk perasa mengikut citarasa.
  7. Masukkan capsicum, lobak merah dan cendawan butang. Gaul rata dan masak hingga sayur sedikit lembut tetapi masih rangup.
  8. Masukkan daging cincang yang telah digoreng tadi dan gaul sebati bersama sos.
  9. Akhir sekali, masukkan spaghetti dan gaul rata hingga semua bahan bersalut sempurna. Masukkan pakchoy atau sawi, kacau sekejap dan tutup api.

Sumber: Aien Mohamad

Baca juga: Cara Simpan Baki Pasta Yang Sudah Direbus, Tak Kering & Kekal Lembut Bila Dipanaskan Semula

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago