cara simpan baki pasta

Kalau masak pasta, memang susah nak agak kuantiti. Kadang-kadang terlebih rebus, akhirnya ada baki yang tak habis dimakan. Jadi, anda kena tahu cara simpan baki pasta supaya ia tidak kering, melekat atau keras bila dipanaskan semula.

Sebenarnya, info ini sangat penting untuk anda tahu supaya teksturnya kekal elok bila dipanaskan nanti. Lagi-lagi kalau nak guna semula untuk menu lain seperti pasta goreng, salad pasta atau campur dengan sos baru keesokan harinya.

Oleh itu, untuk elakkan pembaziran dan pastikan pasta kekal sedap, jom ikut cara simpan yang betul di bawah ini. Tekniknya mudah saja, tapi ramai yang masih tidak tahu!

Baca juga: Cara Betul Cuci Buah Supaya Lebih Bersih & Selamat Dimakan, Ramai Masih Tak Buat Cara Ini!

CARA SIMPAN BAKI PASTA YANG SUDAH DIREBUS

cara simpan baki pasta

1. Toskan pasta dengan betul

Selepas direbus, pastikan pasta ditoskan sehingga airnya betul-betul kering. Air berlebihan boleh buat pasta cepat lembik dan basi.

2. Biarkan sejuk dahulu

Jangan terus simpan pasta yang masih panas. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik supaya tidak menghasilkan wap yang boleh menyebabkan pasta cepat rosak.

3. Letak sedikit minyak

Gaulkan pasta dengan sedikit minyak masak atau minyak zaitun. Ini penting untuk elakkan pasta melekat antara satu sama lain.

4. Simpan dalam bekas bertutup

Masukkan pasta ke dalam bekas kedap udara. Pastikan penutup rapat supaya tidak terdedah kepada udara yang boleh mengeringkan pasta.

5. Simpan dalam peti sejuk

Letakkan dalam bahagian chiller (bukan freezer). Pasta yang disimpan dengan cara ini boleh tahan sekitar 3 hingga 5 hari.

CARA PANASKAN SEMULA PASTA

Untuk pastikan pasta kekal lembut dan tidak kering:

  • Rendam sekejap dalam air panas selama 1-2 minit atau panaskan bersama sedikit air atau sos dalam kuali.
  • Elakkan panaskan terlalu lama kerana ia boleh buat pasta jadi terlalu lembik.

Sumber: ShelfLifeGuide

Baca juga: Teknik Rebus Nasi Impit Dalam Masa Yang Singkat, Cepat Masak & Jimat Gas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN