
Kalau tengah cari hidangan yang mudah tapi tetap menarik untuk jamuan, rumah terbuka atau apa-apa majlis, Resepi Bebola Ayam Bolognese Bersama Keju ini memang pilihan yang tepat. Gunakan saja chicken meatball yang siap dijual di pasaraya, senang dan cepat disediakan.
Hidangan ini sedap dihidang panas, dengan sos bolognese yang dimasak bersama susu segar memberikan rasa lembut dan kaya. Sedikit lada hitam menambahkan aroma yang menyelerakan serta pasti menggoda selera tetamu.
Taburan mozarella cheese yang meleleh ketika dibakar pula membuatkan hidangan ini nampak macam sajian restoran. Meja hidangan jadi lebih meriah dan sesuai untuk semua jenis majlis, daripada jamuan keluarga sampai rumah terbuka sempena perayaan.
Baca juga: Resipi Kuah Karbonara Guna ‘Bahan Bajet’ Untuk Jamuan 20 Orang Makan, Creamy & Confirm Licin!
RESEPI BEBOLA AYAM BOLOGNESE BERSAMA KEJU

Bahan-bahan:
- 1 pek bebola ayam (chicken meatball)
- 1 tin sos bolognese segera
- ½ cawan susu segar
- 1 biji bawang holland (potong dadu)
- 1 biji capsicum hijau atau merah, potong dadu
- Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
- Mozarella cheese secukupnya
- Minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Goreng chicken meatball sehingga sedikit garing.
- Masukkan bawang holland dan capsicum yang dipotong dadu, goreng bersama meatball hingga sayur sedikit layu.
- Pindahkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.
- Dalam kuali lain, tuangkan sos bolognese dan masak hingga mendidih dan pekat.
- Masukkan susu segar dan lada hitam, kacau sebati.
- Tuangkan sos bolognese ke atas meatball dalam bekas foil sehingga menutupi semuanya.
- Taburkan mozarella cheese di atasnya.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 10–15 minit sehingga cheese meleleh dan sedikit keperangan.
- Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Anith Syazwani
Baca juga: Resipi Mihun Goreng Tomyam Lembut & Tak Hancur, Semua Yang Makan Mintak Tambah Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














