Categories: Resepi

Resepi Sotong Stim Limau Kaw Ala Thai, Rasa Masam-Masam Manis Memang Sedap Lah!

Peminat makanan Thailand mesti kecur air liur tengok resepi Sotong Stim Limau ini, tambah pula tak boleh pergi Thailand nak makan. Percayalah buat yang tak makan sotong pun kalau korang ikut resepi ini mesti automatik akan suka dengan sotong. Resepi ini sangat mudah dan sedak do’oh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cikatennazlan di Facebook.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

30 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SOTONG STIM LIMAU

Peminat makanan Thailand mesti kecur air liur tengok resepi Sotong Stim Limau ini, tambah pula tak boleh pergi Thailand nak makan. Percayalah buat yang tak makan sotong pun kalau korang ikut resepi ini mesti automatik akan suka dengan sotong. Resepi ini sangat mudah dan sedak do’oh. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cikatennazlan di Facebook.

BAHAN-BAHAN SOS
  • 5 tangkai cili padi

  • 4 ulas bawang putih

  • 3 tangkai akar daun ketumbar (cuci bersih)

  • 1 sudu besar gula

  • 3 biji limau nipis (jus sahaja)

  • 1/2 biji limau nipis (dipotong dadu)

  • 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus

Kredit : Cikatenazlan

BAHAN – BAHAN SOTONG STIM
  • 6 ekor sotong (saiz sederhana besar)

  • 2 batang serai

  • 1 inci halia

  • 10 helai daun limau purut

CARA PENYEDIAAN
  • Stimkan sotong dengan bahan ‘sotong stim’.

  • Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur.

  • Campurkan dengan kesemua bahan yang lain.

  • Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim dan siap boleh dimakan.

TIPS

Kalau nak lebih pedas tambahkan sahaja cili padi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Nasiha

    Recent Posts

    Bihun Singapore Mesra Budak, Untuk Dewasa Boleh ‘Add On’ Sambal Ini!

      Kadangkala, menyediakan hidangan ringkas yang disukai oleh seisi keluarga adalah momen indah yang dinikmati…

    1 hour ago

    Rahsia Pulut Berkilat, Cantik & Tak Lembik, Kena Guna Beras Pulut ‘Jenis Ini’

    Pernah tak anda masak pulut, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan? Pulut jadi lembik, tak…

    2 hours ago

    21 Kegunaan Cuka Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Hanya Guna Dalam Masakan

    Ramai yang menganggap cuka makan sekadar digunakan untuk masakan seperti acar atau penambah rasa dalam…

    3 hours ago

    Tip Buat Pes Perapan Homemade, Barulah Ikan & Ayam Goreng Lebih Sedap

    Biasanya kita hanya guna garam dan kunyit, atau pes perapan segera untuk menggoreng ayam atau…

    4 hours ago

    Tutorial Acuan Kon Apam Cornetto Mini, Buat Siap-Siap Baru Tak Kalut Nanti

    Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Apam Cornetto yang comel dan menarik. Kali ini,…

    4 hours ago

    Resepi Kuih Keria Sedap Teramat, Guna Teknik Ini Confirm Gebu Montok!

    Selain karipap dan donat, Kuih Keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada…

    5 hours ago