Categories: Resipi

Resipi Sosej Telur Masak Sos, Menu ‘Penyelamat’ Tengah Bulan Yang Murah Tapi Lazat!

Pernah tak anda buntu nak masak apa bila balik kerja, atau bajet makin menipis di hujung bulan? Jangan risau, sosej telur masak sos ini adalah penyelamat anda!

Menu ini bukan sahaja sangat menjimatkan, malah gandingan rasa masam, manis dan sedikit pedas ini pasti akan buat anak-anak dan suami minta tambah nasi.

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Sosej Mudah & Sedap, Guna Bahan Simple Tapi Rasa Padu!

RESEPI SOSEJ TELUR MASAK SOS

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur ayam
  • 5 batang sosej (dipotong dan digoreng seketika)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 6 biji cili padi (dihiris, boleh kurangkan jika tak mahu pedas)
  • 1 batang cili merah besar (dihiris)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili besar sehingga layu dan naik bau.
  2. Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama sedikit garam sehingga sebati.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam kuali. Kacau perlahan secara ‘scrambled’ sehingga telur separuh masak.
  4. Tambahkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Gaul rata sehingga sos menyelaputi telur.
  5. Masukkan sosej yang telah digoreng tadi. Kacau sebati seketika sehingga telur masak sepenuhnya dan semua bahan bercampur mesra.

Sumber: Rosnie Artbyrose Deqnie Badrum

Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago