
Apabila ada lebihan nasi, hidangan pertama yang terlintas di fikiran mestilah nasi goreng. Jadi, inilah masa terbaik untuk buat menu ringkas tapi menyelerakan iaitu resepi Nasi Goreng Sosej!
Menu ini memang penyelamat apabila nak masak cepat, tak nak fikir banyak, tapi tetap nak sedap dan puas makan. Lebih-lebih lagi, ia sesuai untuk anak-anak yang suka sosej.
Resepi Nasi Goreng Sosej ini dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok iaitu cupcake_630 dan caranya cukup mudah dibuat. Jom kita cuba!
Baca juga: Nasi Goreng Udang Kering Guna Pes Buatan Sendiri, Wanginya Sampai Jiran Toleh Dua Kali!
RESEPI NASI GORENG SOSEJ

Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Goreng sosej dulu dalam sedikit minyak sampai masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak yang sama (boleh tambah sikit jika perlu), tumis bawang besar dan cili yang dihiris sampai naik bau wangi dan sedikit garing.
3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali. Biarkan seketika, kemudian kacau dan hancurkan bersama tumisan tadi.
4. Masukkan sos tiram dan ½ kiub ayam. Gaul sebati supaya semua bahan serap rasa.
5. Masukkan nasi sejuk, kacau rata supaya nasi tidak berketul dan bersalut dengan perencah.
6. Akhir sekali, masukkan sosej yang telah digoreng tadi. Gaul sekata dan goreng sekejap sampai nasi kelihatan sedikit garing.
Kadangkala, makanan paling sedap adalah yang paling ringkas. Cubalah buat Nasi Goreng Sosej ini untuk keluarga di rumah, pasti akan masuk dalam senarai menu harian.
Selamat mencuba!
Sumber: cupcake_630
Baca juga: Tips Buat Nasi Goreng Sedap Macam Dekat Kedai, Hasil Jadi Berderai Cantik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














