
Pernah tak anda buntu nak masak apa bila balik kerja, atau bajet makin menipis di hujung bulan? Jangan risau, sosej telur masak sos ini adalah penyelamat anda!
Menu ini bukan sahaja sangat menjimatkan, malah gandingan rasa masam, manis dan sedikit pedas ini pasti akan buat anak-anak dan suami minta tambah nasi.
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Sosej Mudah & Sedap, Guna Bahan Simple Tapi Rasa Padu!
RESEPI SOSEJ TELUR MASAK SOS

Bahan-bahan:
- 3 biji telur ayam
- 5 batang sosej (dipotong dan digoreng seketika)
- 1 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 2 biji bawang merah (dihiris halus)
- 6 biji cili padi (dihiris, boleh kurangkan jika tak mahu pedas)
- 1 batang cili merah besar (dihiris)
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili besar sehingga layu dan naik bau.
- Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama sedikit garam sehingga sebati.
- Tuangkan bancuhan telur ke dalam kuali. Kacau perlahan secara ‘scrambled’ sehingga telur separuh masak.
- Tambahkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Gaul rata sehingga sos menyelaputi telur.
- Masukkan sosej yang telah digoreng tadi. Kacau sebati seketika sehingga telur masak sepenuhnya dan semua bahan bercampur mesra.
Sumber: Rosnie Artbyrose Deqnie Badrum
Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














