Sosej sering menjadi makanan pilihan oleh kebanyakan ibu di rumah kerana penyediaannya yang cukup mudah. Salah satu menu menggunakan sosej adalah resepi sosej masak sos.
Biasanya sosej direbus atau digoreng sahaja kan? Kali ini kita cuba masak versi berkuah pula. Bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa.
Jika kehabisan idea dalam menyediakan hidangan sahur, jom kita cuba resipi sosej masak sos yang mudah dan ringkas ini. Sekejap saja dah siap masak, sedap pula tu!
Baca juga: Ini ‘Tricks’ Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng
RESEPI SOSEJ MASAK SOS
Bahan-bahan:
- Bawang besar – hiris/kisar
- Bawang putih – hiris/kisar
- Cili – hiris/kisar
- 1 bungkus sosej
- Sos tiram
- Sos cili
- Kicap manis
- Gula
- Garam
Cara-cara:
1. Goreng sosej terlebih dahulu. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dan letakkan minyak secukupnya untuk menumis.
3. Tumis bawang besar dan bawang putih yang sudah dihiris. Kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan sosej yang sudah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul sehingga rata.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Hati-hati letakkan garam dan gula kerana sos tiram dan kicap manis sudah berperasa.
7. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nur Mariam
Baca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!