resepi shellout sedap

Resepi shellout sedap ini memang kena dengan selera orang Malaysia yang sukakan makanan berkuah, pedas dan berempah.

Biaasanya shellout guna ketam mahal, tapi versi simple ini guna bahan yang mudah saja seperti udang, sotong dan sayur pun dah cukup buat satu hidangan yang padu dan menyelerakan.

Menu ini sesuai sangat dijadikan juadah hujung minggu atau makan keluarga. Kuahnya pekat, wangi dengan daun limau purut dan serai, ditambah rasa pedas manis yang seimbang memang buat susah nak berhenti menyudu.

Baca juga: Resipi Udang Goreng Masak Ala Thai ‘Padu’, Sekali Rasa Gerenti Masak Selalu

RESEPI SHELLOUT SEDAP DAN MUDAH

resepi shellout sedap

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Sotong
  • Cili kering*
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Serbuk perasa
  • Sedikit sos black pepper
  • Sedikit rempah kari ikan
  • Gula
  • Garam
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Jagung
  • Bunga kubis
  • Brokoli

Cara-cara penyediaan:

  1. Celur udang dan sotong sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan. Celur pula sayur-sayuran dan toskan.
  2. Kisar cili kering, bawang putih dan bawang merah sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga masak dan naik bau. Masukkan rempah kari ikan, sos cili, sos tiram, serbuk perasa, sos black pepper, serai, gula dan garam. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan udang, sotong dan sayur-sayuran. Gaul rata sehingga semua bahan bersalut kuah dan masak sempurna.

Sumber: Wiwien Chempaka

Baca juga: Cara Masak Kari Udang Yang Pekat Dan Wangi, Punyalah Sedap Sampai Teringat-Ingat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN