cara masak kari udang

Ramai yang tertanya-tanya, cara masak kari udang ini sama tak dengan kari ayam? Sebenarnya, cara masaknya hampir sama. Cuma ada sedikit beza pada rempah dan bahan

Untuk kari udang, pastikan guna rempah khas Kari Udang, tumis halba campur dan bancuhan rempah hingga pecah minyak betul-betul supaya rasa kari lebih wangi dan berempah.

Santan pula jangan terlalu banyak. Cukup guna santan pekat sahaja supaya kuah kari jadi lebih lemak manis semula jadi daripada udang dan tak terlalu cair.  Kalau ikut langkah betul, cara masaknya senang saja tapi hasilnya sedap sampai licin pinggan!

Baca juga: Petua Udang Tak Kecut Bila Masak, No. 3 Paling Ramai Tak Pernah Cuba!

CARA MASAK KARI UDANG

cara masak kari udang

Bahan-bahan:

  • Udang (bersihkan dan buang misai panjang)
  • Rempah kari udang
  • Halba campur
  • Bawang putih dan bawang besar (hiris)
  • Serai (dititik)
  • Daun kari
  • Santan pekat
  • Air
  • Minyak masak
  • Garam dan sedikit gula

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis halba campur hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar, serai dan daun kari. Tumis hingga wangi.
  3. Bancuh rempah kari udang dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam kuali.
  4. Kacau hingga rempah pecah minyak betul-betul supaya kari lebih sedap dan tak rasa mentah.
  5. Masukkan udang dan gaul rata hingga udang mula bertukar warna.
  6. Tuang santan pekat bersama sedikit air, kacau perlahan hingga mendidih.
  7. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut cita rasa.
  8. Bila kuah dah pekat dan udang masak sempurna, tutup api.

Sumber: Khairuzetti Zaini Collections

Baca juga: Udang Kam Heong Versi Pedas Manja, Wanginya Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN