resepi udang ala thai

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan resepi udang ala Thai yang menggunakan bahan-bahan yang ringkas tetapi rasanya cukup padu.

Jika anda alahan kepada makanan laut, boleh saja gantikan dengan lauk ayam atau ikan. Rasanya tetap sedap dan menyelerakan!

Baca juga: Cara Masak Kari Udang Yang Pekat Dan Wangi, Punyalah Sedap Sampai Teringat-Ingat!

RESEPI UDANG ALA THAI

resepi udang ala thai

Bahan-bahan:

Bahan kisar kasar:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 batang cili merah (cili hidup)
  • 5 biji cili padi merah (boleh tambah jika suka pedas)
  • 3 tangkai daun ketumbar

Bahan sos:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar air limau

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili, tumis sekejap hingga sebati.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng dengan lumuran serbuk kunyit dan garam.
  4. Tambahkan air limau dan sos ikan. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram dan sos ikan sudah memberi rasa masin yang seimbang.
  5. Kacau sehingga semua bahan masak sekata.
  6. Siap untuk dihidangkan!

Info: Jika alah kepada makanan laut, boleh gantikan udang dengan ayam atau ikan.

Sumber: Nida Mohamad

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN