
Kalau anda sedang mencari resipi kuih ketayap tanpa telur yang lembut dan mudah dibuat, ini antara cara paling simple yang boleh dicuba di rumah. Dengan hanya beberapa bahan asas dapur, anda sudah boleh menghasilkan kuih ketayap yang lembut, nipis dan sedap berinti kelapa manis.
Menariknya, resipi yang dikongsikan oleh Nani Yusoff di Facebook ini sangat mudah kerana menggunakan sukatan asas yang senang diingat. Kulit ketayap hanya menggunakan tepung gandum, air, minyak masak dan garam, tanpa perlu telur langsung.
Sebab itu resipi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin membuat kuih ketayap tanpa telur, sama ada untuk hidangan keluarga atau dijadikan kuih untuk jualan.
Lebih menarik, dengan sukatan ini anda boleh menghasilkan sekitar 6 biji kuih ketayap dengan kos kira-kira RM2.50 sahaja.
Baca juga: Kuih Dadar Lembut Berpori, Resipi Ini Dapat Kulit Nipis & Inti Kelapa Manis Wangi
RESIPI KUIH KETAYAP TANPA TELUR

Bahan-bahan kulit ketayap:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- Pewarna hijau secukupnya
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum, air, minyak masak, garam dan pewarna hijau ke dalam blender.
2. Kisar sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
3. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak.
4. Tuangkan sedikit adunan dan lenggangkan kuali supaya adunan menjadi nipis.
5. Masak sehingga kulit ketayap masak dan boleh diangkat.
6. Ulang sehingga adunan habis.
Tip: Jika mahu buat lebih banyak, hanya gandakan sahaja sukatan bahan.
Bahan-bahan inti kelapa manis:
- Kelapa parut secukupnya
- Gula
- Gula melaka atau nisse
- Air secukupnya
- Daun pandan
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan sehingga menjadi karamel.
2. Setelah gula cair, masukkan sedikit air.
3. Masukkan daun pandan untuk menambah aroma.
4. Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
5. Tambahkan gula melaka atau nisse.
6. Masak sehingga inti menjadi kering dan sebati.
Sukatan bahan boleh diagak mengikut jumlah kelapa yang digunakan.
Cara Gulung Kuih Ketayap
1. Ambil sekeping kulit ketayap.
2. Letakkan inti kelapa di bahagian tengah.
3. Lipat bahagian kiri dan kanan.
4. Gulung kemas sehingga menjadi seperti popia.
Tip Jika Nak Buat Kuih Ketayap Untuk Jualan
Resipi kuih ketayap tanpa telur ini juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjual kuih tradisional.
Beberapa tip mudah yang boleh dilakukan:
- Kulit ketayap boleh buat malam jika mahu jual pada waktu pagi
- Simpan dalam bekas bertutup supaya kekal lembut
- Inti kelapa boleh buat awal dan simpan dalam freezer
- Keluarkan inti lebih awal sebelum digunakan
Dengan cara ini, pada waktu pagi anda hanya perlu isi inti dan gulung sahaja.
Walaupun tanpa telur, hasilnya tetap lembut, wangi pandan dan inti kelapa manis berlemak. Jika anda peminat kuih tradisional, resipi ini memang antara yang paling mudah untuk dicuba.
Selamat mencuba!
Sumber: Nani Yusoff
Baca juga: Resepi Ketayap Polkadot, Campur Bahan ‘Ini’ Dapat Warna Pastel Menarik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














