Jom MyResipi kongsikan satu resipi yang cukup mudah tapi sangat menyelerakan iaitu resepi sambal tumis ikan masin.
Walaupun hanya menggunakan beberapa bahan ringkas, tapi hasilnya sangat sedap. Kalau kalian suka makan ikan masin memang wajib cuba resipi ini. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Menurutnya empunya resipi, Liza Idris memberitahu bahawa lauk ini merupakan resipi turun temurun zaman berzaman. Kalau ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh beliau di bawah.
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit Kesukaan Ayah, Lauk Biasa Tapi Istimewa
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Ikan masin
– 1 biji bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 4 sudu besar cili kisar
– Belacan
– Gula melaka
– 2 atau 3 keping asam keping
– 1 cawan air
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai garing. Angkat dan ketepikan dulu.
2. Guna minyak yang sama, masuk 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Tumis sampai kekuningan.
3. Masuk 4 sudu besar cili kisar. Tumis sekejap.
4. Masuk belacan.
5. Masuk gula melaka, tak ada pun tak apa. Letak gula biasa.
6. Dah pecah minyak, masuk 2 atau 3 keping asam keping.
7. Masuk 1 cawan air dan biar mendidih sampai kuah pekat.
8. Kemudian, letakkan ikan masin tu dalam kuali. Kacau sebati.
9. Siap. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Liza Idris
Baca juga: Ikan Masin Duri Tumis Kering, Guna 3 Bahan Je Tapi Sangat Menyelerakan!
Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…
Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…
Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…
Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…
Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…
Kalau selalu masak ikan siakap dengan cara stim atau tiga rasa, apa kata cuba kelainan…