Categories: Resipi

Resipi Sambal Petai Udang Yang Memikat, Warna Merah Cantik Macam Ini Kita Mahu!

Sambal petai udang memang salah satu lauk kegemaran ramai di Malaysia. Aroma petai yang kuat digabung dengan rasa manis dan pedas sambal udang, memang buat selera naik. Resipi ini simple, tapi jika tahu tekniknya, rasa boleh power sampai tambah nasi berkali-kali.

Untuk dapatkan sambal yang sedap, ada beberapa teknik kecil yang boleh ikut. Contohnya, goreng udang dahulu sebelum masak sambal supaya rasa minyak udang masuk ke dalam sambal dan tekstur udang lebih garing. Namun jika tidak digoreng pun masih sedap.

Sambal petai merupakan menu asas tetapi ramai yang suka. Walaupun ringkas, jika masak ikut langkah betul, sambal pecah minyak dengan rasa seimbang antara pedas, manis dan masam, pasti menjadi pujaan keluarga. Resipi ini sesuai untuk bila-bila masa, sama ada makan tengah hari atau malam.

Baca juga: Resepi Udang Diraja Mudah & Sedap, Aroma Rempah Buat Hidangan Lebih Istimewa Di Rumah

RESEPI SAMBAL PETAI UDANG

Bahan-bahan:

  • 300g udang segar (dibersihkan)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 8-10 biji cili kering (ikut kepedasan)
  • 1-2 keping asam gelugor/asam keping
  • 1-2 sudu kecil gula (ikut rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan petai (dibuang kulit dan dibelah dua)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang sehingga garing dan ketepikan. Minyak goreng udang tu nanti kita akan guna untuk masak sambal.
  2. Dalam minyak sama, tumis bawang merah dan bawang putih hiris sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Masukkan cili kering yang telah diblend atau dikisar kasar. Masak sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak.
  4. Tambahkan gula, garam dan asam keping. Kacau rata untuk seimbangkan rasa pedas dan masam. Jangan letak gula terlalu banyak, cukup untuk tarik rasa.
  5. Masukkan petai dan udang goreng tadi ke dalam sambal. Gaul rata sehingga semua bahan sebati dan petai sedikit masak.
  6. Tutup api dan sambal petai udang siap untuk dihidang.

Sumber: Nor Azean Yayan

Baca juga: Resipi Udang Goreng Masak Ala Thai ‘Padu’, Sekali Rasa Gerenti Masak Selalu

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago