sambal goreng

Bila sebut pasal sambal goreng, pasti ramai yang terbayang keenakan lauk ini apabila dimakan dengan nasi panas. Fuhh,memang berselera dibuatnya. 

Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup ringkas, tetapi kesedapannya boleh buat sesiapa sahaja makan bertambah banyak kali.

Menu ini juga wajib dicuba oleh penggemar masakan pedas. Ikuti saja resipi perkongsian oleh Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Boleh Buat Stok Banyak Terus!

RESEPI SAMBAL GORENG PEDAS BERAPI

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi merah dan hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Ikan bilis
  • Asam keping
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada sebanyak mana yang anda mahukan.

sambal goreng

2. Goreng bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis secara berasingan.

3. Setelah semuanya siap digoreng, satukan dan kisar hingga hancur.

4. Goreng kembali bahan yang dikisar tadi dalam kuali. Masukkan asam keping dan serbuk perasa. Masak terpulang pada selera sama ada suka sambal yang kering atau basah.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati. Sangat enak dimakan bersama nasi panas dan telur mata goreng kuning cair. Selamat mencuba!

sambal goreng

Kredit resipi & foto: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

Baca juga: Resipi Sambal Gesek Nogori, Menu Simple Tapi Cukup Menyelerakan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN