resepi roti sosej

Kali ini, kami nak kongsikan resepi roti sosej gulung yang mudah disediakan di rumah, sesuai untuk sarapan atau kudapan petang. Ia antara makanan ringan yang digemari ramai, lebih-lebih lagi bila ia digoreng rangup dan dihidangkan panas-panas.

Dengan beberapa bahan mudah seperti roti sandwich, sosej, dan tepung, anda boleh hasilkan gulungan rangup di luar tetapi tetap lembut di dalam. Selain sedap dimakan begitu sahaja, roti sosej gulung ini sesuai dicicah dengan sos cili atau mayonis.

Baca juga: Cara Buat Roti Goreng Celup Tepung, Kudapan Mudah Yang Confirm Licin!

RESEPI ROTI SOSEJ GULUNG

resepi roti sosej

Bahan-bahan:

  • Sosej (nak celur dulu pun boleh, tak celur pun tak apa)
  • Roti sandwich
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur jernih (tak letak pun tak apa)
  • Sedikit tepung ubi (untuk gam roti)
  • Air sejuk berais secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Gelek roti sandwich hingga nipis. Campurkan sedikit tepung ubi dengan air untuk dijadikan gam, teksturnya lebih kuat melekat berbanding tepung gandum.
  2. Dalam mangkuk, campurkan tepung beras, telur, serbuk kunyit, garam dan air kapur. Bancuh dengan air sejuk berais hingga dapat tekstur sederhana (jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat).
  3. Letakkan sosej di hujung roti dan gulung sampai habis. Di hujung gulungan, sapukan gam tepung ubi supaya roti melekat elok. Ulang sampai habis.
  4. Kalau ada lebihan bancuhan tepung ubi tadi, boleh tuang sedikit ke dalam adunan tepung beras. Kalau tak ada pun tak mengapa.
  5. Celupkan roti gulung ke dalam bancuhan tepung beras. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tepung tak mendap ke bawah.
  6. Goreng dalam minyak panas hingga garing keemasan. Bila bahagian bawah dah garing, terbalikkan dan goreng bahagian atas pula.
  7. Sosej roll ni boleh dipotong dua untuk saiz kecil. Sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos cili dan mayonis.
  8. Lebihan adunan tepung pun boleh digoreng jadi ‘kriuk-kriuk’ rangup, memang sedap!

Sumber: Dianadiandra Diana

Baca juga: Resipi Lasagna Daging Guna Roti Putih, Tak Guna ‘Lapisan Segera’ Pun Tetap Jadi Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN