roti goreng celup tepung

Kadang-kadang bila ada roti hampir tamat tempoh, ramai yang terus buang kerana sudah tidak tahu mahu buat apa. Sebenarnya, roti boleh dijadikan hidangan menarik seperti roti goreng celup tepung.

Resipi ini sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Cuma bancuh tepung, celup roti dan goreng hingga keperangan. Hasilnya rangup di luar, lembut di dalam, dan sedap dimakan bersama sos cili atau mayonis.

Baca juga: Cara Buat Roti Sardin Yang Lain Dari Biasa, Guna Roti Jenis Ini Baru Lagi Sedap!

RESEPI ROTI GORENG SARDIN CELUP TEPUNG

roti goreng celup tepung

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
  • Bawang merah (dipotong dadu)
  • Cili merah atau cili padi (jika suka pedas)
  • 1 biji telur
  • Lada sulah (secukupnya)
  • 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
  • Garam sedikit sahaja (kerana cukup rasa sudah masin)
  • Air sejuk (secukupnya)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan di dalam satu mangkuk besar.
  2. Gaul sehingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, lebih kurang seperti bancuhan tepung untuk pisang goreng.
  3. Lenyekkan sedikit roti, kemudian celup ke dalam bancuhan tepung.
  4. Panaskan minyak dengan betul sebelum menggoreng. Jika api terlalu perlahan, roti akan menyerap minyak.

Siap! Roti goreng ini sangat mudah disediakan dan sesuai dijadikan hidangan minum petang. Walaupun hanya menggunakan roti yang hampir tamat tempoh, hasilnya tetap rangup di luar dan lembut di dalam.

Sumber: Zurida Hassan

Baca juga: Jom Cuba Resipi Roti Paung Yang Wangi & Lembut Sampai Esok Pagi, Macam Beli Di Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN