resepi lasagna simple

Kalau teringin nak makan lasagna tapi malas beli lasagna sheet, anda boleh cuba resepi lasagna simple guna roti putih ini.

Gabungan inti daging berempah, sos putih yang lemak berkrim dan keju mozarella cair di atasnya memang padu!

Sesuai sangat kalau nak hidang pada waktu minum petang, potluck atau nak buat menu istimewa untuk keluarga pada hujung minggu.

Baca juga: Resipi Spageti Aglio Olio Ayam, Tak Guna Seafood Pun Tetap Padu!

RESEPI LASAGNA SIMPLE GUNA ROTI PUTIH

Bahan-bahan inti daging:

  • 400g daging kisar (disyorkan jenama Ramly)
  • 1 tin sos spageti
  • 1 sudu besar sos cili (tambah sedikit kalau nak rasa pedas)
  • 1 biji bawang holland (dicincang)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara buat inti:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk (boleh tambah sedikit air jika perlu).
  3. Tuangkan sos spageti dan sos cili, kacau hingga sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  5. Bila dah pekat dan masak sempurna, tutup api dan ketepikan.

Bahan-bahan sos putih:

  • 5 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 500ml susu segar
  • 2 keping keju

Cara buat sos putih:

  1. Cairkan mentega dalam kuali dengan api perlahan.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati (pastikan tak berketul).
  3. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus kacau.
  4. Masukkan keju dan kacau hingga cair sepenuhnya.

Bahan lain:

  • 10–12 keping roti putih (dibuang tepi)
  • Keju mozarella secukupnya

Cara susun:

  1. Sapu sedikit sos putih pada dasar loyang.
  2. Letak lapisan roti putih yang dah digelek nipis.
  3. Tuang inti daging, ratakan.
  4. Tuang sos putih, ulang lapisan sampai habis.
  5. Lapisan akhir, letak sos putih dan tabur keju mozarella banyak-banyak.

Cara bakar:

  1. Panaskan ketuhar 150°C.
  2. Bakar selama 30–40 minit atau hingga keju perang keemasan.

Sumber: Nur Hazlina Othman

Baca juga: Resipi Kek Marble Paddle Pop Gebu Dan Lembut, Cantiknya Warna Pastel Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN