Roti putih kebiasaannya dimakan bersama jem ataupun kaya, namun sebenarnya banyak lagi resipi yang kita boleh buat dengan menggunakan roti ini. Misalnya anda boleh cuba resepi roti goreng sardin cornflakes yang rangup ini.
Sesuai dinikmati pada sarapan pagi atau minum petang. Bahan-bahan yang diperlukan serta penyediannya juga mudah amat! Pasti habis licin dimakan anak-anak. Nak cuba? Mari ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Nuralia Idayu di bawah ini.
Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Yis, Hasilnya Tetap Kembung & Berongga!
RESEPI ROTI SARDIN CORNFLAKES
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Roti keping
- Bawang besar (hiris nipis)
- Cili 1-2 tangkai (hiris nipis)
- Sardin tin
- Telur 1-2 biji
- Cornflakes (hancurkan sedikit)
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar dan cili sehingga bawang layu dan naik bau.
2. Mauskkan sardin dan gaul sehingga rata. Tambah garam dan gula secukupnya sebagai penambah rasa.
3. Gaul rata dan tutup api.
4. Lenyekkan roti, letak sardin di tengah-tengah roti. Sapu telur di bahagian tepi roti dan tekan bahagian tepi itu dengan garfu agar tidak terbuka semasa digoreng nanti.
5. Celup roti ke dalam telur, kemudian salut cornflakes pada roti.
6. Goreng sehingga bertukar warna keperangan dan garing.
7. Sedia untuk disajikan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nuralia Idayu
Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!