Categories: Resipi

Resepi Roti Boy Homemade Gebu, Aroma Kopinya Memikat Sungguh

Setiap kali lalu kiosk Roti Boy, kita boleh bau aromanya yang cukup harum. Betapa gembiranya jika dapat tahu resepi Roti Boy yang gebu dan lembut ini bukan?

Mexican bun atau roti kopi adalah roti yang diisi dengan mentega dan mempunyai topping pastri kopi yang sangat rangup. Orang Malaysia biasanya panggil Roti Boy.

Selepas ini anda boleh cuba buat sendiri dengan resepi Roti Boy yang dikongsikan oleh Noorfarahliza Binti Abd Jalil di Facebook. Nampak sedap!

Baca juga: Roti Boy Cara Mudah Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!

RESEPI ROTI BOY

Bahan-bahan doh:

  • 500gm tepung gandum atau roti (jika pakai tepung gandum boleh tambah 1 tsp baking powder)
  • 75gm gula kastor
  • 1 tsp garam
  • 1 1/2 tbsp yis
  • 60gm butter
  • 1 biji telur
  • 270gm susu segar atau air sejuk (kalau pakai air sejuk, tambah 20gm susu tepung)

Bahan-bahan topping:

  • 100gm butter
  • 80gm gula kastor
  • 100gm tepung naik sendiri
  • 2 biji telur gred A
  • 2 tbsp serbuk kopi (bancuh dengan 2 tbsp air suam)

Bahan-bahan filling:

Cara-cara penyediaan doh:

1. Masukkan semua bahan doh dalam bread maker.

2. Uli sampai siap (jika guna mixer, gabungkan semua bahan dan mix hingga elastik dan licin).

Cara-cara penyediaan topping:

1. Putar butter dan gula dalam 5 minit, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.

2. Masukkan bancuhan kopi dan tepung, kemudian putar sampai sebati.

3. Selepas siap boleh masukkan dalam plastik atau piping bag dan sejukkan dalam peti ais.

Cara-cara penyediaan filling:

1. Pukul butter dalam 3 minit, kemudian masukkan gula dan esen vanila.

2. Pukul hingga sebati, masukkan dalam mangkuk dan bekukan di dalam peti ais. Potong lebih kurang 3cm untuk buat inti.

Cara-cara penyediaan Roti Boy:

1. Doh yang siap diuli tadi ditimbang setiap satu dengan berat 50gm dan dibulat-bulatkan.

2. Rehatkan sekejap dalam 10 minit dan boleh diisi dengan inti yang dah beku tadi (mesti tutup semua inti untuk elak terkeluar masa bakar nanti)

3. Susun doh dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan butter. Jarak-jarakkan sebab nanti doh akan mengembang.

4. Rehatkan doh dalam masa 1 jam lagi dan boleh dipaipkan dengan topping. Buat lingkaran bulat-bulat sampai separuh doh.

5. Bakar pada suhu 180ºC dalam masa 30 minit. Roti Boy dah masak bila topping luar tu dah nampak garing.

Anda boleh gunakan resepi Roti Boy ini untuk hidangan sarapan atau minum petang. Ia lebih enak dimakan panas-panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Noorfarahliza Binti Abd Jalil

Baca juga: Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping, Tak Perlu Uli Doh

Aimi

Recent Posts

Cara Masak Nasi Lemak Instant, Resipi Cepat Siap & Sesuai Masak Waktu Sahur

Cara membuat nasi lemak ini amat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk mereka yang sibuk…

4 hours ago

Cara Senang Buat Kuih Badak Berendam, Lembut & Lemak Manis!

Kuih Badak Berendam ini sangat terkenal di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu. Malah,…

4 hours ago

Resipi Ikan Cencaru Bakar Cicah Dengan Air Asam, Memang Sedap Menyengat!

Hari ini, MyResipi ingin berkongsi resepi ikan cencaru bakar dengan air asam yang pasti sedap…

6 hours ago

Rahsia Cucur Udang Gebu Tanpa Bahan Penaik, Gaul Tepung Dalam Ais Sebelum Goreng!

Bagi menghasilkan cucur yang gebu, ramai yang gunakan bahan seperti yis atau serbuk penaik. Tapi…

7 hours ago

Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum

Sering nampak peniaga jual air jagung yang sedap di bazar Ramadan, sampai teringin buat sendiri.…

7 hours ago

Resipi Tauge Goreng Sedap & Mengenyangkan, Cara Buat Pun Sangat Mudah!

Resepi taugeh goreng adalah hidangan yang sangat mudah disediakan, tetapi tetap sedap dan menyihatkan. Menu…

8 hours ago