Categories: Resipi

Cara Masak Nasi Lemak Instant, Resipi Cepat Siap & Sesuai Masak Waktu Sahur

Cara membuat nasi lemak ini amat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk mereka yang sibuk namun tetap ingin menikmati hidangan yang lazat.

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang ringkas, nasi lemak instant ini boleh dijadikan pilihan untuk sahur atau makan tengah hari.

Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah di bawah. Tidak sampai 1 jam, nasi lemak yang wangi dan menyelerakan sudah siap untuk dinikmati.

Baca juga: Nasi Ayam Sedap Simple, Cara Masak Mudah Tapi Confirm Hasil Menjadi

CARA MEMBUAT NASI LEMAK INSTANT

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Mula-mula, basuh beras terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk nasi. Jika tiada pot, gunakan sukatan mangkuk sebagai panduan.
  2. Dalam mangkuk yang sama, masukkan santan kotak. Kemudian, tambahkan sesudu garam dan sedikit minyak. Minyak ini bertujuan supaya nasi tidak melekat dan nampak lebih cantik.
  3. Tekan butang on pada periuk nasi dan biarkan nasi masak.
  4. Sementara menunggu nasi masak, goreng ikan bilis sehingga betul-betul garing. Angkat dan toskan apabila ikan bilis sudah kelihatan crispy.
  5. Setelah itu, panaskan minyak yang sama di dalam kuali dan tumiskan pes sambal segera. Masukkan satu mangkuk pes sambal dan biarkan ia ditumis sekejap sehingga naik bau. Jika anda ingin sambal yang lebih berperisa, boleh tambahkan sedikit air atau gula mengikut selera.
  6. Setelah semuanya siap, hidangkan nasi lemak dalam pinggan, tambah sedikit ikan bilis, hirisan timun dan telur rebus yang sudah disediakan terlebih dahulu.
  7. Nikmati nasi lemak panas-panas, terutama sekali semasa sahur. Memang sedap, mudah, cepat dan pasti mengenyangkan.

Video penuh: 

@myresipi

Resipi Campak Sahur 5 | Nasi Lemak Instant Bahan: 1 mangkuk beras 1 mangkuk santan kotak Sedikit garam Sedikit minyak Pes sambal segera Segenggam ikan bilis (digoreng garing) 1 biji telur rebus Hirisan timun #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #nasilemak #menusahur

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

Sumber: MyResipi

Baca juga: Resipi Nasi Tomato Yang Ringkas Tapi Sedap, Tak Perlu Masak Lama!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago