Categories: Resipi

Cara Senang Buat Kuih Badak Berendam, Lembut & Lemak Manis!

Kuih Badak Berendam ini sangat terkenal di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu. Malah, kuih tradisional kini telah mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia.

Jika anda sering mengunjungi pasar malam atau bazar Ramadan, pasti akan melihat kuih ini dijual di merata tempat. Jika ingin mencuba membuatnya sendiri, apa kata anda guna resipi di bawah.

Baca juga: Lepat Ubi Kayu, Resipi Tanpa Santan Ini Lebih Kenyal & Padat Dengan Rasa Ubi!

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Bahan kuah:

  • 5 cawan santan sederhana pekat
  • 8 sudu makan tepung beras
  • 8 sudu tepung gandum
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara buat kuah:

  1. Sebatikan semua bahan di atas (blender jika perlu).
  2. Masak campuran tersebut hingga naik wap. Pastikan kuah rasa sedikit masin dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Kacau hingga sedikit pekat (terpulang jika mahu lebih pekat, teruskan mengacau, tetapi jangan sampai terlalu pekat).

Bahan inti:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan air
  • 1-2 ulas durian (buang biji)
  • 3 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara buat inti:

  1. Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut, kemudian tapis.
  2. Masukkan air gula ke dalam kuali, masak bersama kelapa parut, isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul sebati.
    Setelah agak kering, masukkan tepung gandum, gaul hingga sebati.

Bahan doh:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan, blender dan tapis)
  • Sedikit pewarna hijau (boleh tak letak, jus pandan juga sudah cukup memberi warna)

Cara buat doh:

  1. Tuang air jus pandan sedikit demi sedikit, gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Bulatkan doh (ikut saiz yang diinginkan), kemudian leperkan dan isikan inti kelapa atau inti pilihan lain. Bulatkan semula.
  3. Rebus seperti cara membuat kuih buah melaka/onde-onde. Setelah masak, angkat dan siram dengan air paip untuk sejukkan, kemudian toskan airnya.
  4. Tuang kuah dalam bekas yang sesuai, masukkan doh yang telah direbus dan siap untuk dihidangkan.

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Kasturi, Kulit Luar Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago