Kalau korang tak pernah pergi Lubnan, tak semestinya korang takkan dapat merasa makanan mereka. Jangan risau, korang boleh cuba buat di rumah je. Resepi kali ini ringkas dan lazat sesuai untuk dihidang seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kalau korang tak pernah pergi Lubnan, tak semestinya korang takkan dapat merasa makanan mereka. Jangan risau, korang boleh cuba buat di rumah je. Resepi kali ini ringkas dan lazat sesuai untuk dihidang seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
½ ekor ayam (peha)
2-3 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
½ biji lemon
2-3 ulas bawang putih
1 senduk mayonis
½ biji kobis
½ batang lobak merah
1-2 sudu minyak zaitun
Garam secukupnya
Kredit: Kamarul Ariffin
Sagat bawang putih, tabur serbuk paprika, jintan manis, ketumbar, lada hitam dan garam pada ayam.
Perahkan jus daripada ¼ lemon.
Gaul rempah sehingga sebati. Perapkan ayam antara 30 minit hingga 2 jam. Kalau nak pedas, guna serbuk cili.
Selepas perap, kalau nak goreng, letakkan tepung jagung. Kalau nak bakar, tidak perlu letak. Terus bakar pada suhu 250°C selama 30-40 minit.
Goreng dalam minyak sederhana, dan perlu lama, untuk pastikan isi dia masak.
Tutup kuali supaya haba tak terbebas. Barulah cepat masak, dan minyak tidak akan terpercik sana-sini.
Sementara itu, potong kobis, lobak merah dan perah baki lemon.
Letak minyam zaitun, garam dan lada hitam. Gaul sebati.
Campurkan mayonis bersama bawang putih untuk membuat toum.
Setelah ayam siap boleh dihidangkan bersama salad dan toum. Siap dan boleh dimakan.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…
Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…
Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…
Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…
Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…
Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan…