Categories: Resipi

Resepi Rendang Daging Tok Pekat Berempah, Masak Sekali, Makan Berkali-kali!

Dalam banyak-banyak jenis rendang yang ada di Malaysia, semestinya ramai menyukai resepi Rendang Daging Tok yang cukup istimewa dan unik dari negeri Perak.

Resepi Rendang Daging Tok bukan saja kaya dengan rempah ratus, tapi juga ada rasa klasik yang susah dicari sekarang. Senang cerita, inilah lauk legend yang popular sejak dulu lagi.

Dulu-dulu, orang masak Rendang Daging Tok untuk kenduri, Hari Raya dan majlis penting. Ssekarang, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resepi oleh Sheila ZA di Facebook ini.

Baca juga: Cara Lembutkan Daging Lebih Cepat & Jimat Gas, Guna Periuk Nasi Saja!

RESEPI RENDANG DAGING TOK

Bahan-bahan:

  • Daging lembu (jika boleh, ada bahagian lemak sedikit)
  • 3 biji bawang besar
  • Santan
  • Kerisik
  • Gula merah
  • Daun kunyit
  • Kicap pekat
  • Garam dan gula

Bahan untuk disangai dan dikisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Kunyit hidup
  • Cili kering
  • Jintan putih dan jintan manis
  • Biji ketumbar
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis (ketuk dengan lesung batu)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, sediakan semua bahan untuk dikisar, kemudian masukkan dalam kuali untuk disangai atau goreng tanpa minyak. Jangan sampai hangus, goreng sampai naik bau saja.

2. Setelah naik bau, tutup api dan biarkan sejuk seketika.

3. Setelah sejuk, masukkan semua bahan tadi dalam blender bersama sedikit minyak dan air. Tujuan masuk minyak untuk memudahkan mengisar bahan keras seperti kulit kayu manis dan bunga lawang. Kisarkan sampai hancur.

4. Panaskan kuali, letak minyak sedikit, kemudian masukkan bahan kisar tadi dan kacau.

5. Tumis bahan tadi tapi tak perlu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging dan santan cair (tiada santan cair, air pun boleh).

6. Masukkan bawang besar (tujuannya supaya bawang karamelisasi dan menyedapkan lagi rendang), kacau rata dan biarkan mereneh.

7. Setelah direneh dalam 1 jam lebih atau agak-agak daging sudah lembut sedikit, masukkan santan, kerisik, gula merah, garam dan gula. Jangan letak banyak sangat, secukup rasa saja dulu. Kacau sampai sebati.

8. Setelah agak-agak kering, masukkan sedikit kicap pekat. Tak nak letak pun tak apa, tujuannya nak gelapkan sedikit rendang tersebut.

9. Seterusnya, renehkan sampai daging empuk atau sampai kering. Setelah kering, rasa dan jika tak cukup, tambah garam dan gula.

10. Akhir sekali, masukkan daun kunyit, bawang goreng dan daun limau purut jika suka. Siap untuk dihidang!

Kebetulan Hari Raya Aidiladha bakal tiba, jadi bolehlah cuba resepi Rendang Daging Tok ini nanti. Ia bukanlah sekadar lauk, tapi merupakan hidangan yang penuh dengan kenangan.

Selamat mencuba!

Sumber: Sheila ZA

Baca juga: Resepi Rendang Tok Perak Asli, Sedap Sampai Mak Mentua Puji Melambung!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

4 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago