Buat anda yang suka memasak semestinya memikirkan resepi bahan masakan untuk jimat berbelanja dan salah satunya ialah resepi rempah kari homemade yang mudah.
Kari merupakan serbuk rempah yang menggabungkan pelbagai jenis herba untuk hidangan berempah yang lebih sedap dan beraroma.
Berasal dari India, kari merupakan salah satu menu masyarakat Asia yang istimewa terutamanya di Malaysia.
Baca juga: Cara Buat Minyak Bijan Homemade, Lebih Jimat Dengan 2 Bahan Saja!
Ada banyak jenis rempah kari yang boleh dibeli di kedai runcit atau pasar raya, tapi yang paling popular adalah rempah kari ikan, ayam dan daging.
Takkanlah setiap masa harus beli rempah kari, jadi sekali-sekala anda cubalah buat sendiri di rumah untuk lebih berjimat.
Resepi rempah kari homemade yang dikongsikan oleh zaila HZ di blognya cukup menarik untuk anda buat di rumah. Jom cuba!
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara:
1. Bilas sikit bahan A dengan air dan tos, kemudian sangai sehingga naik bau harum.
2. Biarkan sejuk sekejap, kemudian kisar bahan A sehingga halus dengan pengisar kering. Lebih halus, lebih baik.
3. Gaul semua bahan B dalam mangkuk. Campurkan dengan hasil kisar bahan A. Rempah kering yang sedia digunakan seperti rempah paket biasa sudah siap!
4. Jika nak sediakan rempah basah, boleh panaskan minyak ¼ cawan, tumis rempah kering yang telah dibancuh dengan ½ cawan air (pes).
5. Setelah naik minyak, boleh tutup api dan sejukkan, kemudian simpan di bekas dalam peti sejuk. Siap!
Selepas ini anda bolehlah jadi resepi rempah kari homemade ini sebagai salah satu stok bahan masakan di rumah.
Jangan lupa untuk kongsikannya kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang suka memasak okay?
Selamat mencuba!
Sumber: zaila HZ
Baca juga: Rahsia Kari Ikan Sedap, Kena Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Membuatnya
Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…
Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…
Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…
Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…
Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…