Categories: Tips & Petua

Cara Bersihkan Lidah Lembu Tanpa Bakar, Hasil Lembut Dan Hilang Bau

Selain daging, ada banyak lagi bahagian lembu yang boleh dimakan dan salah satunya ialah lidah lembu. Namun, ramai yang tak tahu cara bersihkan lidah lembu yang betul.

Oleh kerana daging lembu sering digunakan dalam pelbagai penyediaan makanan, jadi tak hairanlah ramai yang kurang biasa dengan lidah lembu.

Buat pengetahuan anda, sebenarnya lidah lembu sangat sedap dimasak dengan tekstur pejal yang kenyal dan tak berserat.

Baca juga: Cara Bersihkan Perut Lembu Yang Mudah, Barulah Hasil Putih Bersih!

Tapi sebelum memasak lidah lembu, anda perlu tahu cara yang betul untuk membersihkannya supaya lidah lembu menjadi lembut dan hilang bau.

Orang kata, lidah lembu ini perlu dibakar untuk kikis lapisan kulit luar lidah tersebut. Tapi kami telah menjumpai cara bersihkan lidah lembu tanpa bakar yang cukup mudah.

Seperti perkongsian nurrharlimi melalui video di TikTok, beliau menggunakan cara rebus untuk membersihkan lidah lembu yang diperoleh daripada Hari Raya Haji kelmarin.

CARA BERSIHKAN LIDAH LEMBU TANPA BAKAR

1. Cuci lidah lembu dengan air mengalir sehingga bersih. Jika masih berlendir, lumurkan dengan garam atau cuka secukupnya dan biarkan beberapa saat, kemudian gosok dan bilas bersih sehingga lendirnya hilang.

2. Rebus lidah lembu sehingga air mendidih lebih kurang 10 hingga 15 minit atau sehingga berubah warna. Anda juga boleh masukkan daun salam, serai dan halia untuk hilangkan baunya.

3. Sebelum diangkat dari dalam periuk, cuba koyakkan sedikit kulit lidah lembu. Jika mudah dikupas, terus angkat dan kupas lapisan kulit luar lidah lembu yang kasar sehingga bersih.

4. Akhir sekali, bolehlah potong mengikut saiz yang disukai. Siap digunakan!

Lidah lembu ini boleh dimasak dengan resipi masak merah atau digoreng pedas. Selain itu, ia juga enak dimasak sup atau dicicah air asam.

Jika keluarga atau rakan anda sedang mencari cara bersihkan lidah lembu, anda bolehlah ajarkannya kepada mereka melalui artikel ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: nurrharlimi

Baca juga: Jangan Buang ‘Lidah Lembu’, Sedap Dimasak Lidah Goreng Kunyit

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

11 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

15 hours ago