bau busuk dalam peti

Pasti ramai yang mengalami masalah bau busuk dalam peti sejuk kan? Ada yang menyangka bau busuk berpunca dari sisa-sisa makanan yang disimpan dan makanan-makanan lain. Namun bila sudah dicuci, peti tetap berbau.

Rupanya ada cara mudah dan murah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya menggunakan bahan semula jadi, segala masalah bau peti sejuk boleh dihilangkan. Ikut saja cara di bawah.

Baca juga: Api Dapur Gas Menyala Kecil? Ini Cara Servis & Selamatkan Dapur Gas Kesayangan

5 Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Sejuk

1. Daun Pandan

bau busuk dalam peti

Gunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.

2. Roti

bau busuk dalam peti

Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.

3. Serbuk Penaik / Baking Soda

Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.

Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.

4. Cuka Putih

bau busuk dalam peti

Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.

Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.

5. Oat

Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.

Kalian boleh pilih mana-mana cara untuk menghilangkan bau busuk peti ais. Semoga bermanfaat!

Kredit: Leha Yusuf