Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air tangan sendiri, bolehlah cuba resepi red velvet cupcake ini.
Ia sesuai juga dijadikan sebagai salah satu menu hiasan penyeri di meja hidangan pencuci mulut. Tampak manis dengan aneka manisan yang lain.
Ikuti perkongsian resipi daripada Nadia Sukiman di bawah ini dalam menghasilkan kek cawan red velvet yang gebu dan menarik ini. Jom kita cuba buat.
Baca juga: Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!
RESEPI RED VELVET CUPCAKE
Bahan buttermilk:
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu besar cuka makan
(Ketepikan)
Bahan kek:
- 3 biji telur gred A/B
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu besar ovalette
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- Sedikit garam
- 1 sudu teh emulco red velvet
Bahan cream cheese frosting:
- 250g cream cheese
- 200g buttercup (potong dadu butter/cream cheese selepas keluar dari peti sejuk)
- 70-75g gula icing
Cara Penyediaan:
- Untuk membuat buttermilk, campurkan susu segar dengan cuka makan, kacau rata dan ketepikan.
- Pukul telur, gula kastor dan esen vanila hingga kembang dan sebati.
- Masukkan ovalette, tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan sedikit garam. Kacau rata.
- Tambahkan emulco red velvet dan buttermilk yang telah disediakan tadi. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang telah disediakan dan bakar pada suhu yang sesuai.
- Untuk frosting, pukul cream cheese bersama buttercup dan gula icing hingga sebati dan lembut.
- Pai frosting ke atas kek setelah ia sejuk. (Empunya guna nozzle Wilton 2D.)
Kredit: Nadia Sukiman
Baca juga: Cara Buat Kek Marble Gebu Guna Sukatan Cawan, 1 Resipi Boleh Buat Pelbagai Perisa!