Categories: Resipi

Resepi Puding Sumi Kastard Hanya 5 Langkah Mudah, Pencuci Mulut Ringkas Tapi Menggoda!

Tengah cari pencuci mulut yang mudah tapi sedap, resepi Puding Sumi Kastard memang patut dicuba. Oleh kerana ia mudah, jadi memang sesuai dijadikan sebagai potluck untuk pelbagai majlis.

Resepi yang dikongsikan oleh Peraa Marsal sesuai untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hinggalah dewasa. Hasilnya sangat lembut dan menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Puding Ikan Koi Dan Itik Untuk Jamuan Sekolah Anak, Nampak Comel Sangat!

RESEPI PUDING SUMI KASTARD

Bahan-bahan:

  • 2 tin susu cair
  • 1 tin susu full cream (guna susu kotak, sukatan ikut tin susu cair)
  • 1 tin air
  • 5 sudu susu pekat manis (boleh tambah kalau suka manis)
  • 2 sudu tepung kastard
  • 10g agar-agar jernih
  • Garam dan esen vanila secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Satukan semua bahan dalam periuk.

2. Gaul sebati supaya tiada ketulan.

3. Masak dengan api sederhana sambil kacau sehingga mendidih.

4. Bila sudah mendidih, biarkan sejuk suam-suam.

5. Tuang ke dalam bekas sumi atau acuan pilihan.

Tips tambahan agar lebih sedap dan lembut:

  • Kalau nak lebih wangi, boleh tambah sedikit esen vanila lebih.
  • Untuk tekstur lebih lembut, pastikan kacau adunan supaya tepung kastard larut sepenuhnya.

Resepi Puding Sumi Kastard sangat mudah dibuat, confirm anak-anak suka. Jangan lupa cuba sendiri di rumah dan kongsikan dengan kawan-kawan.

Selamat mencuba!

Sumber: Peraa Marsal

Baca juga: Resepi Puding Tutti Frutti Cantik Manis, Sekali Buat Dapat Dalam 35 Bekas!

Aimi

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

10 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

10 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

10 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

10 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

12 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

13 hours ago