cara bersihkan acuan tart

Sesiapa yang selalu buat tart sama ada untuk jualan atau sekadar hobi di rumah, mesti tahu betapa renyahnya nak cuci acuannya. Jangan risau, ada cara bersihkan acuan tart yang mudah.

Setelah acuan tart banyak kali digunakan, kesan minyak yang degil tetap ada. Walaupun sudah direndam lama, kerak degil yang melekat agak susah nak tanggal.

Biasanya ramai yang gunakan cara tradisional seperti rendam dalam air panas, berus satu demi satu atau gosok dengan sabun sampai puas hati. Tapi, proses itu makan masa dan tenaga.

Sebenarnya, tak perlu sampai berjam-jam nak cuci acuan tart kerana ada trik mudah yang dikongsikan oleh Ain Kamis di Facebook. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Mudah Pastikan Papan Pemotong Kekal Putih, Bersih Walau Masak Hari-Hari!

CARA BERSIHKAN ACUAN TART

1. Mula-mula, kumpulkan semua acuan tart yang perlu dicuci.

2. Selepas itu, masukkan acuan tart ke dalam periuk besar.

cara bersihkan acuan tart

3. Kemudian, rebus acuan tart dengan air bersama sedikit pencuci pinggan mangkuk.

4. Seterusnya, biarkan mendidih seketika supaya minyak dan kerak tertanggal.

5. Setelah itu, angkat dan bilas acuan tart dengan air bersih.

cara bersihkan acuan tart

6. Susun acuan tart dalam oven, kemudian bakar sekejap untuk keringkan. Siap untuk digunakan!

Selepas siap, lap bahagian dalam oven. Hasilnya, oven akan terus berkilat kerana wap air tadi membantu cuci kotoran. Sambil cuci acuan tart, boleh bersihkan oven sekali.

Jika selalu pening nak bersihkan acuan tart, bolehlah cuba cara ini nanti. Bukan setakat jimat masa dan tenaga, malah hasilnya memuaskan kerana acuan sentiasa bersih berkilat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ain Kamis

Baca juga: Cara Hilangkan Kesan Kunyit Pada Blender Sepantas 5 Minit, Tak Perlu Sental Banyak Kali!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN